|
"Akak, mesti pandai "Kenapa cakap macam tu?" "Hrm..x adalah, mesti akak dapat 5 je selalu…" "Hrm,,alhamdulillah..tak adalah 5 je selalu..tapi…" "tapi?" "Memang Allah tak pernah uji akak dengan study" Adik itu terdiam. Macam pelik je dengan kakak ni punya bahasa. "ooh,,haah la..Allah pun tak pernah uji saya dengan study" "hehe..awak tahu kenapa?" "kenapa?" "sebab, benda tu bukan kerisauan sangat bagi kita. Tadi ..sebab tu kita tak diuji dengan tu" "maksud akak?" "maksud akak, kita takkan diuji dengan benda yang sangat mudah kita tangani. "hrm..faham.." "Adik tahu Allah akan uji kita dengan apa?" Memandang penuh tanda tanya "Allah…dia akan uji…dengan perkara yang paling susah kita tangani.atau benda paling penting untuk kita.Contohnya, ada orang tak tahan dibenci,dicemuh..maka Allah persiapkan segala itu khas untuk dia..tapi tak bermakna kita tak boleh tempuhi, hanya susah sikit" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (2;286) "lagi,,ada orang..dia tak boleh untuk hidup sendiri, tak berteman. Sebab tu..Allah uji dia dengan bagi dia teman berlainan jenis….:" Ehem2..sambil menyentuh bahu adik tadi…
Sambil menggigit jari, dia pun berkata.."oh,ni ujian juga rupanya.." Adik, Allah hanya mahu menguji,sejauh mana kita mampu bermujahadah melawan nafsu kita. Kerna, iman yang sebenar tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya dalam hati melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan kebatilan semata-mata demi iman ini. Agama ini datangnya dari Allah, jadi..suka Dialah untuk menguji siapa-siapa yang kuat mempertahankan agamanya. "Hrm,kenapa tidak Allah jadikan kita terus baik sahaja ye? "haah.boleh…kalau macam tu..baik Dia jadikan kita ni matahari..atau bintang"
Matahari dan bintang, yang fitrahnya memang bergerak di atas paksi yang ditetapkan Allah. Tidak pernah matahari itu, terlambat satu detik atau tercepat sesaat. Tetap sahaja memancarkan cahayanya waktu pagi,dan hilang sirnanya apabila langit malam menyelaputi. Mereka sudah semestinya patuh! Kerana itu fitrah mereka! Tapi Fitrah manusia dijadikan berbeza. Jalan kita berbeza. Kita juga ada paksi..kita juga ada kompas tersendiri.. Tetapi,Allah beri kita pilihan..sama ada kita mahu mengikutnya atau tidak,sama ada kita mahu menyucikan hati kita atau tidak. Kompas kita Al-quran,peta kita as-sunnah. Kalau nak ikut,insyaAllah selamanya tidak akan sesat dik.. Tapi, kenapa tidak Allah jadikan kita seperti matahari Sememangnya Allah mampu untuk mengubah fitrah manusia sama ada dengan menggunakan agama ini atau cara lain. Namun begitu kerana sesuatu tujuan yang hanya Allah sahaja yang tahu..Allah mahu manusia memiliki fitrah ini dan Allah mahukan hidayah itu diperolehi melalui usaha dan kehendak manusia. Nak ke taknak? Nak..kena berusaha dik.. Taknak..tak apa, jom minum kopi dulu dengan akak..hehe Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(29;69) Wallahua'lam.. Ayuh,berusaha terus! |
| akak November 2, 2009 03:08 AM PST salam adik.... suka entry awak.. best baca.. cane adik2 di sana semua? doakan kita dapat jumpa one day... rindu sangat2! tk tahan....huhuh Allah memahami jiwa2 kita dan moga rindu ini sentiasa terubat dalam rabithah kita insyaala.. bileh nak skype? kita cari masa nanti k? mis u and others too! | ||
| aizadiha November 2, 2009 01:52 PM PST wsalam kakak^_^ rindunyee,,lama xnmpk akk kat sini. sini alhamdulillah.. masih terus mencuba. iAllah kalau diizinkan Allah kita jumpe eh kak semoga bertemu dalam tahajjud, bersalam di dhuha.. dan diikat oleh rabithah kita. boleh2,jom skype =) | ||
| hikari November 3, 2009 02:17 PM PST Allah tahu kita kuat makan...jadi dia uji kita dgn makann.... =p | ||
| Arifah November 3, 2009 04:39 PM PST Sis, awak memang pandai menulis dari hati. Itu ujian juga! Hehe. Agar awak terus memanfaatkan kebolehan awak untuk Islam. ;) Salam rindu dari malaysia. Thehehe. =) | ||
| Adik November 3, 2009 06:12 PM PST um,,terima kasih kakak..terima kasih buat sy tahu sy sdg diuji..thanks sgt2.. | ||
| aizadiha November 3, 2009 06:58 PM PST hikari-ohhh T_T arifah-jazakillah sis.alhamdulillah.. ilham ni dr Allah jua.. ujian juga,sebab.. kena pandai menulis dengan cepat tanpa mengambil masa yang banyak depan pc, which..sedang mencuba. supaya semua org dapat manfaatnya, ana sendiri tidak lagha.. dan paling penting..Allah redha.. iA. thankx for the reminder ukhti =) salam rindu dr russia... adik-wah, awak kt sini. subhanallah.. sama2 dik. anggaplah akak ni perantara shj,Allah yang sedang mengingatkan..kan? love u muah2 | ||
| ummu November 7, 2009 07:46 PM PST salam.. yeah kakak, tkkan pernah kite lekang dgn ujian ni.. kene menulis dgn laju dan fikir dgn laju, tp kene muntij.huhu ujian tu. sy setuju!! | ||
| Leave a Comment: |