Entry: Nak pergi Makhachkala! Friday, October 30, 2009



Subhanallah..
Maha suci Allah..
Siapa tak faham video ni,carilah translator bergerak sebab saya tak rajin nak translatekan.. huhu...

Hebatnya kuasa Allah,bila Dia memang nak tunjuk..
Dan kini Dia datangkan bukti kebesaranNya di russia..
negara orang2 degil,
negara tak bertamadaun
negara kuang ajo

eh..taklah semuanya macam tu. Ramai je yang baik
Mungkin tengah mode emotional sebab sahabat2 kami ramai sangat yang kena buang family, lately ni..
hanya kerana memilih islam sebagai cara hidup mereka T_T
sampai hati ibu bapa mereka

Tetapi,
teringat..Abu Ubaydah Al jarrah..
ketika perang Badar..
ketika dia dikejar oleh seorang musyrikin, yang tidak mahu melepaskan dirinya
walaupun die mengelak berulang kali dari bertempur dengan orang yang sama
namun,
akhirnya...sebab tak tertahan..akhirnya dibunuh jua musyrikin itu..
yang dia sendiri tahu
bahawa itu adalah bapa kandungnya...
seorang musyrikin,,
maka Allah memujuknya dengan ayat mujadilah;22

Teringat..Mus'ab bin Umair
tulang belakang yang mengislamkan Madinah
seorang yang kaya raya,
namun menjadi papa kedana,
setelah dibuang ibunya hanya kerana sebuah aqidah..

dan banyak lagi..
Saad bin Abi Waqas..
Salman al-Farisi..

malah..
Salma al-masry
Hadija Sablina
Safiyyah...
Maryam...

kerana kesusahan dan perjuangan antunna, Allah menghantar buktinya melalui si kecil Ali Yakubov ini.. gembira kan,kan,kan.. ^_^


MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.


Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

"Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami," katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

"Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

"Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

"Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu," katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

"Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan," katanya. – Agensi

la tahzan! Innallaha maana..

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments