|
Sebaik sahaja pulang ke rumah malam tadi, saya tidak terus masuk ke bilik.Seperti biasa, dalam keadaan jacket,tudung..masih tersarung.. saya akan duduk-duduk di bilik sisters lain, update keadaan semua, top-up cerita, menadah telinga dan berkongsi kemanisan perjalanan masing2,ketika seharian bertempiaran di bumi Allah sebagai pendokong aqidah. Selalunya begitulah. Hari minggu, tidak melekat di rumah. Sehingga larut malam barulah dapat mendapat tahu berita masing-masing. Kerana masing-masing percaya, setiap dari kami ada jihadnya tersendiri.. di jalan yang sama tidak mungkin ada yang sedang berehat, kerana kehidupan ini persis berada di sekeliling api yang sedang marak menyala. Apabila kita tersedar dan perlu menjauhi api itu namun tidak mampu memadamkannya.. maka kita bersungguh-sungguh mengejutkan sesiapa yang tercapai oleh tangan kita supaya bangun, dan bergerak menjauhinya. Seorang Rijalun aqidah Sewaktu bercerita, tahulah saya..suatu berita yang mencengkam atma seorang wanita, yang membakar semangat seorang daei.. Ukhti A, pagi semalam meneman seorang sahabat kami berbangsa rusia, setahun umurnya sebagai muslimah .. baru setahun bergelar Hadija Sablina yang sebelumnya Nina Sablina. Perginya mereka ke masjid..pada asalnya kerana ada perbincangan 3penjuru antara mufti Volgograd-Hadija-ibu bapa Hadija yang masih kafir. Namun..percaya atau tidak..belum sempat apa-apa perbincangan berlaku, Hadija ditarik hijabnya, rambutnya..dan seterusnya diseret beberapa ratus meter ke kereta. Ya, oleh seorang bapa sendiri. Menangislah ukhti A, melopong sahaja mufti tanpa dapat dibantu.. dan meraunglah saudara kita, namun hatinya masih tetap berdegup dengan asma’ Allah.. “Ya Allah..sedihnya.. geramnya…” Itu sahaja yang dapat saya ucapkan. Peristiwa ini..mencengkam atma kami kerana membayangkan seorang wanita diperlakukan sebegitu, dan paling penting.. membakar hamasah para daei, kerana apabila melihat sendiri umat islam dihina,dipijak.. aqidah diperkotak-katikkan… Kita terasa perlu bangun. Kita terasa perlu meneruskan jihad, sementara kaunter berjual beli dengan Allah masih buka. Kita terasa perlu melahirkan lebih ramai lagi rijalun aqidah (pendokong aqidah). Menambah bilangan pekerja islam yang benar-benar muslim. Kita terasa makin cinta dengan perngorbanan.. Kasih sayang kami untukmu.. Apa yang dapat saya lakukan,, hanyalah melawatnya dibilik sebelah.. memandang matanya yang penuh duka tetapi masih teguh, melihat pipinya yang merah2 akibat dipukul, lehernya yang juga merah persis dicekik (kerana tudungnya ditarik). Saya pun merebahkan badan disebelahnya, membalut tangan saya disekelilingnya.. dan membaringkan kepala dibahunya.. “sabar ya..saya tahu awak kuat..” kemudian dibacakan ayat2 Allah..
Itu sahaja! Huhu…nak menangis juga sudah tidak boleh. Tidak perlu lagi saya menambah sedihnya setelah seharian dia berendam air mata… Mari mengambil ibrahnya Ini baru cerita kecil. Ini baru di sebuah bandar kecil, diceruk Negara Soviet. Di seluruh muka bumi, masih ramai lagi saudara kita yang diperlakukan malah lebih teruk dari itu. Muslimah diperkosa, mujahid kecil dibunuh, para tentera Allah syahid.. Dan kita pula masih terus nyenyak dibuai mimpi.. Merasakan bahagianya melayan kehendak sendiri.. Lupa pada tanggungjawab jihad fisabilillah,lupa pada tujuan kita dilahirkan.. Kalau pejuang di Palestin,berjihad secara hakiki dalam perjuangan mempertahankan negaranya.. mengangkat senjata dan menumpahkan darah Kalau para pemimpin muslim berjihad dalam memperkatakan yang haq, walaupun mungkin akan dirampas kedudukan, dipenjara atau digantung.. Kalau saudara2 baru kita dibunuh,dipukul..hanya kerana mempertahankan sebuah iman,yang sememangnya tidak boleh dibeli dengan berbillion wang ringgit.. Maka jihad kita juga adalah jihad mempertahankan aqidah. Namun bukan yang kita punya sahaja..tetapi yang orang lain juga. Ini yang dinamakan pendokong aqidah, diselitkan Iman pada orang lain.. dilimpahkan ruh rabbani pada masyarakat, dikejutkan mereka dengan hakikat dunia islam. Kelak akan ditanya “untuk apa umur kamu dihabiskan?” Mungkin,insyaAllah..akan kita persembahkan yang ini… |
| Leave a Comment: |