|
Pagi ini..saya bersiap seperti biasa untuk ke kelas. Kelas 'medical law', yang jarang2 ada pada hujung minggu tetapi cikgu berkeras untuk adakan kelas, 1jam sahaja katanya. Dijadikan saya adalah yang terakhir keluar dari rumah.. dan Ah..mungkin ada dalam beg. Memang betul.. salah seorang dari ahlul bait yang tak sengaja mengambilnya. Dan hari ini.. saya keseorangan di rumah. Dikira sebagai ponteng jugalah.. tetapi kerana ia hanyalah kelas 'medical law' yang dirasakan 'kurang penting', juga kerana cikgu pun memberi pelepasan untuk satu hari, maka saya dikira terselamat.Alhamdulillah Dalam jacket yang masih tersarung, saya duduk, mencuba bertenang. Diambil al-quran peribadi yang sudah lusuh dan uzur.. dibaca surat-surat cinta dari Allah dengan tartil. Ditadabbur..dihayati maknanya. Oleh kerana apa yang dicari ketika itu adalah ketenangan, maka alhamdulillah..ia diperolehi. Kemudian, saya berfikir dan bermuhasabah. Ikhlaskah saya untuk ke kelas? Inginkan ilmu, atau hanya takutkan atrabotka (denda akibat meninggalkan kelas)? Ikhlas dalam beramal Mungkin kerana hati saya tidak ikhlas untuk ke kelas, maka Allah mentakdirkan saya tidak berupaya menunaikannya, Ini baru tak dapat ke kelas! Terfikir.. cukup ikhlaskah kita dalam dakwah ini? Kalau tidak ikhlas..adakah satu hari nanti..kita ditakdirkan untuk termasuk dalam golongan mereka2 yang gugur setelah mendapat hidayah Allah? yang mempunyai pelbagai alasan untuk tidak terus bersama.. Adakah as-tsabat itu bukan milik diri ini? Adakah kesusahan, pengorbanan, dan jual beli dengan Allah ini hanya akan habis setelah tangan menggenggam ijazah ? (ijazah je pun, jannah masih jauh..) Nauzubillah.. Begitu takut teringatkanya.. Begitu dalam kerisauan yang melanda diri para daei.. kerisauan yang tidak dapat dirungkaikan hanya dengan kata-kata.. tanpa doa, tanpa usaha, tanpa..tanpa apa lagi eh? Akhawati, Keikhlasan adalah sebuah perjuangan hati melawan bisikan nafsu dan dorongan syaitan, bukan sesuatu yang hanya diklaim atau diaku-aku. Hati yang peka dan bersih akan selalu sibuk meluruskan niat, bukan mengakui keikhlasan dan merasa aman. Selalu benar kita membincangkan isu ikhlas dalam setiap usrah, daurah, mabit, tamrin.. sepertinya ikhlas itu teratur dalam kepala kita sebagai suatu teori..
Berdoalah.. supaya apabila kita menjumpai maksud ikhlas dari segi teori.. kita mampu beramal dengannya secara praktikal. Luruskan niat lillah. Cinta kita, rindu kita, malah marah kita juga adalah kerana Allah. Keikhlasan inilah kekuatan kita.. untuk sabar apabila dicemuh untuk bertenang apabila mehnah bertandang untuk merasai kemanisan berada dalam saf ini untuk dikurniakan as-tsabat dan seterusnya dapat terus bersama selamanya, dalam pengembaraan memburu jannah Begitu sulitnya meluruskan niat ini sampai seorang ulama besar, Sufyan ats-Tsauri berkata, "Saya tidak menemukan amal yang lebih sulit dari pada mengikhlaskan niat." Sabar ya, Allah telah memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk menuntut di madrasah tarbiyah ini. Dia akan terus memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk tsabat. Sekarang, berusaha..berusaha..usaha lagi. Sabar,ikhlas,tawakkal..:) paling penting..optimis! Because that is what Allah had designed for you.. Marilah wahai anakku,nyalakanlah api itu sepanjang malam Nyalakanlah api itu, semoga ia menjadi petunjuk Nyalakanlah ia wahai manjaku Sesungguhnya para da'ei dalam kehairanan Nyalakan ia untuk para pengembara di Marakkan api dan nyalakanlah baranya Semoga para pengembara segera datang kepadanya Usirlah kegelapan yang pekat ini Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari panduan Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini.. -Abdul Wahab Azam- |
| cahayaberliku November 2, 2009 12:38 PM PST al-mutasaqitun atau orang2 gugur daripada medan dakwah adalah proses tapisan biasa, yang mana Allah menyaring hanya yang terbaik shj layak berada dlm safnya, semoga sabat dalam dakwah, bagaimanapun sekiranya kita gugur juga, pastikan ia bukan kesengajaan sebaliknya suatu kebetulan | ||
| aizadiha November 2, 2009 01:58 PM PST salam cahayaberliku, jazakallah..sgt betul kata2 tu,iAllah.. doa & usaha, kalau2 dipilih Allah untuk tsabat..alhamdulillah,,allahuakbar salam taaruf kembali | ||
| Leave a Comment: |