Entry: Menjadi individu BESAR Wednesday, October 07, 2009



Salam semua, maaf kerana begitu jarang menulis, sasarannya seminggu sekali namun ada sahaja alasan. Pulak, setiap petang mesti tak pernah lekat di rumah (atau ada sahaja yang bertandang ke rumah). Terasa banyaknya orang yang memerlukan perhatian kita, terkadang2 kita berfikir,, siapa yang memerhatikan kita?

Begitulah... semakin lama kita dalam tarbiyah, semakin ramai yang membutuhkan perhatian kita dan semakin kurang perhatian yang diberi pada kita. Bak kata kakak, kerana ramainya adik binaan di bawah, kita tak mungkin sempat untuk berbuat perkara lagha dan membuang masa. Tapi drama 'Nur Kasih' tak pernah tinggal la.. hehe..(p/s: tengok dengan mad'u :p)

Inilah kepentingan apabila hidup, untuk memberi. Sedikit pun dari kita tak akan luak, atau rugi..malah makin memberi kepentingan pada kita. Dulu.. ketika masih mentah di jalan ini.. ayah yang prihatin berpesan "Jagalah diri kita dulu, baru sibuk nak jaga orang lain". Hrm.. jangan risau, tak pernah pula saya rasa kepentingan diri sendiri terabai setakat ini, malah makin banyak yang boleh diambil perhatian sebenarnya!

Sesungguhnya individu yang hidup sendiri dan tidak memberi perhatian kepada orang lain itu hidup sebagai orang kecil, mati sebagai orang kecil, dan banyak menyesal. Individu yang sempurna tidak bisa hidup sendiri, melainkan harus berbaur dengan orang sekitarnya.

Adik2..marilah kita menjadi individu yang BESAR, besar hatinya, besar jiwanya, besar semangatnya..

Di antara karakteristik manusia yang paling khusus adalah bergabung dalam sebuah komuniti, merasakan apa yang mereka rasakan.

Komuniti ini dalam tarbiyah islamiyyah berkembang menjadi apa yang disebut sebagai ukhuwwah islamiyyah yang tegak atas cinta kerana Allah.
Photobucket Persaudaraan ini tidak mungkin wujud di dunia realiti kecuali dengan sikap saling membantu, memberi perhatian, nasihat dan memenuhi keperluan orang lain.

Orang yang berbuat demikian merasa ridha dan senang hanya lantaran mengetahui bahawa barangsiapa memberi manfaat bagi hamba lain maka ia dicintai Allah azza wa jalla. Itulah yang membuatnya merasa dekat dengan berhubungan dengan Allah..

Sungguh indah hidup apabila Allah ridha dengan kita, dan kita redha dengan Allah,bukan?
Doakan kami.. semoga hati-hati yang bertaut melalui ukhuwwah ini,, adalah hati-hati yang sering berdegup dengan asma' Allah..hati-hati mereka yang BESAR
Big Smile (no double meaning)


   4 comments

Name muharridaie
October 9, 2009   02:33 PM PDT
 
Blog yang bermenfaat
Terima kasih atas artikel2 yang bersemangat yang dilayari oleh akhawat binaan saya.

Moga banyak menulis artikel yang berbentuk motivasi dan pengalaman dakwah disana agar dapat juga dirasai oleh adik2 disini ...

Terima kasih dan teruskan menulis. Insyaallah
aizadiha
October 10, 2009   01:57 PM PDT
 
jazakallah muharrikdaie
atas kunjungan dan kata2 smgt.
iAllah, akan terus mencuba memanfaatkan penulisan untuk dakwah
supir
October 15, 2009   04:35 PM PDT
 
assalamualaikum aizadiha

benar ukhti, memang untuk menjadi individu yang BESAR hatinya, semangatnya dan jiwanya, menuntut BESAR dari masa kita sendiri hingga kadang2 xtersisih utk diri sendiri.

tp, kita memang xkisah semua tu sbb kita tahu, masa yang BESAR itu, kita spend utk Yang Maha Besar, utk kehidupan yang lebih BESAR.

insyaallah... kami berdoa dan berharap dengan harapan yang SEBESAR2nya dan pasti, usaha kita mesti 1st CLASS juga.

insyaallah
Sister moscow
October 16, 2009   10:32 AM PDT
 
salam kak diha.. saya suka ngan entri ni.. erm, kene sentiasa bergerak & mengalir cam air kan... supaya tak bertakung & keruh... jazakillah sis.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments