Entry: Terperangkap di jalan ini Wednesday, September 30, 2009



Bismillah..

Rasanya tidak terlambat untuk saya membuat ucapan raya di sini. Sebabnya,kami di sini masih lagi dalam persediaan membuat jamuan raya besar2an seluruh Volgograd.

 

Ya, 2-3minggu ni,,penuh dengan jamuan. Makan,makan dan makan. Sehingga hujung minggu dirasakan begitu sesak dan pendek.. Makan kelas rasanya jadi lebih penting dari berukhwah dengan adik2 yang baru tiba, yang memerlukan 'sedikit' bimbingan. Mereka hulur tangan kau tak sambut? Main bola juga jadi perkara utama hujung minggu, ketepikan adik2, ketepikan usrah! Kau tau bola itu agenda siapa??

 

Oh,ini bukan entri emotional.

 

Banyak yang berlaku, kebelakangan ini.

 

Mari saya ringkaskan pengajarannya,tanpa didahului dengan cerita penuhnya

  1. Pihak musuh sudah lama bekerja..sudah mampu mempunyai UA (tak faham short form ni tanya saya ok..) Volgograd sendiri. Kita? Nak membentuk individu muslim sendiri masih terkimput-kimput. Qiyadah sibuk berpolitik, para murabbinya sibuk dengan masalah dalaman diri, para daei masih tidak mahu memahami gerak kerja orang lain, yang lain-lain pula sibuk berikhtilath, berwayang, berfutsal, berjamuan, berjual beli dan menyokong yang tidak sepatutnya..BANGUNLAH,BUKA MATA!

 

  1. Ini lanjutan dari murabbi yang sibuk dengan masalah dalaman. Sahabat-sahabat, adik-adik pengarang jantung, kita adalah orang2 yang memahami agama. Sejauh mana serabut pun keadaan disekeliling kita, tiada siapa yang boleh disalahkan, sebagai alasan remeh kepada pembentukan ruh dan fikrah kita,atau alasan untuk kita berbuat dosa.  

 

 "Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)." Al-Israa';15

 

Sudah-sudahlah, hidup ini masih penuh dengan perjuangan. Pernah seorang sister berkata, kita adalah orang2

 yang 'terperangkap di jalan ini'.. namun perangkap ini adalah perangkap paling bahagia juga paling menyakitkan, penuh dengan ketawa malah air mata, menuntut pembebasan diri tetapi terikat dengan tanggungjawab, dicurahkan dengan harapan namun perlukan penantian tanpa henti. Bersyukurlah sayang, kerana telah terperangkap dalam kancah hidayah.. tetapi sabarlah sayang, kerana ia bukan perjalanan yang mudah atau dihiasi karpet merah,remember?

 

Tetapi,kalau tarbiyah tidak berjaya menyentuh hati adik.. janganlah kembali kepada lautan jahiliyyah.. tetapi keluarlah mencari kapal lain yang dapat membawa adik belayar sama.k?

 

  1. Ahh, perkara ketiga ini agak merungsingkan. Kerana saya memang tidak membincang isu-isu berbangkit sedari awal lagi..maka yang ini, tidak mampu disimpulkan. Namun cukuplah pesanan saya kepada pembaca, kepada diri sendiri.. bahawa pembentukan sebuah halaqah itu.. bukanlah sekadar senarai nama yang dipanjang-panjangkan. Siapa murabbinya, kesediaannya..kemampuan, siapa mutarabbinya.. kesediaan serta personaliti dan fikrah mereka, ukhwah antara keduanya, objektif sesebuah halaqah serta modul perbincangan… tidak patut diketepikan. Ini bertujuan menghasilkan halaqah muntijah (kalau tak faham juga sila tanya), bukan halaqah sekolah yang stagnant.

 

Ok2..sila berhenti di sini.

 

Saya menyusun sepuluh jari atas segala kekasaran bahasa melayu. Tujuannya tidak lain, hanyalah untuk meng'izzahkan lagi bumi ini dengan islam, mengajak bersama mendaki mengejar musuh dan tidak lagi ditampuk lama.

 

Keyakinan dalam diri saya ini datangnya dari ilmu yang masih sedikit, keihlasan ini.. dari hati yang masih belum pernah bersih sepenuhnya.. semangat ini ditiup oleh sahabat seperjuangan, dan bekerja hanya untuk redha Pencipta, insyaAllah…

 

Doakan.

 

p/s: saya ada autopsi hari ini. Excited! Big Smile 

 

 

   2 comments

siti
October 15, 2009   12:00 AM PDT
 
UA tu ape kak ?
aizadiha
October 15, 2009   11:11 PM PDT
 
salam adik siti..
ini siti mana ye? moscow? jepun? india? msia? brunei?
sory akk belasah je..

bagus siti tanya. UA tu initials untuk 'ustaziyatul alam'.. senang kate..cm world order. yang lengkap pentadbirannya dari sekecil2 hingga paling tinggi, yang semua org patuh tu. huhu..

salam taaruf sis
awat tak tinggal emel

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments