Entry: warkah untuk adik Saturday, September 19, 2009



“Akak,saya tak mahu jadi murabbi. Tarbiyah diri saya sendiri tak lengkap..macam mana saya nak didik dan jaga orang lain..sejarah diri saya teruk”

Kata-katamu dik, menyentap hati akak dengan perlahan,tapi menyakitkan. Sakitnya bukanlah seperti direntap, tetapi  cukup lembut dan menusuk. Cukup membuatkan diri ini termenung jauh memuhasabah diri.. ditangisi segala dosa-dosa lampau, disesali segala kekurangan usaha dalam dunia tarbiyah.

Kata-kata tersebut,samalah seperti seorang anak berkata pada emaknya.. “ummi, saya tak mahu ada anak. Didikan ummi tidak sempurna..saya tak akan dapat mendidik anak sendiri nanti..”

Adik,ada ke orang yang tarbiyahnya  sesempurna Rasulullah, yang murabbinya Allah?

Atau sesempurna Aisyah,yang murabbinya Rasulullah?

Kita memang bukan hamba yang silamnya gemilang, kita cuma seorang srikandi dengan silam yang kelam. Dengan silam itu, kita masuk university tarbiyah tanpa ada kelulusan apa2 kecuali semangat untuk istiqamah serta pakaian keikhlasan. Bismillah.

Kita ada penasihat Allah

Diriwayatkan dari Nuwas bin Saman r.a, ia berkata, Rasulullah saw bersabda “Allah taala membuat perumpamaan jalan yang lurus, dan di kedua sisi jalan ini ada dua tembok pembatas yang padanya terdapat pintu2 terbuka, dan pada pintu2 itu terdapat tirai yang tergantung. Di pintu jalan ini terdapat menyeru yang berkata ‘wahai manusia, masuklah kalian semua ke jalan ini dan janganlah melencong’. Dan seorang penyeru yang memanggil dari atas jalan..apabila seseorang ingin membuka sebahagian pintu2 itu ia berkata ‘celaka kamu! Apabila kamu membukanya, maka kau akan memasukinya’

Jalan itu adalah islam, dan tembok itu adalah batasan2 Allah, pintu2 yang terbuka itu adalah perkara2 yang diharamkan Allah, penyeru di tengah jalan itu adalah kitab Allah, dan penyeru dari atas adalah penasihat Allah dalam hati setiap muslim” (HR Ahmad)

Adik, baca dan teliti betul2 hadis ini. Dalam setiap hati kita, ada penasihat Allah yang sentiasa menyeru tika mana kita hampir pada kemaksiatan. Nak buka pintu-pintunya sahaja hati kita tak membenarkan apatah lagi memasukinya!!! Prinsip kita adalah untuk mengoptimumkan penggunaan penasihat tersebut, which.. yang kita selalu sebut sebagai tarbiyah dzatiyah.   Halang diri kita dari dosa, lawan futur kita dengan himmah aliyah, bersihkan hati dengan ibadah yang shahih, dan jadikan orang sekeliling sebagai mad’u kita supaya mereka menjadi pemangkin kepada perubahan diri kita, insyaAllah.

Tahu, dosa kita semua memang banyak. Kita memang tidak boleh sempurna, tetapi kita hanya boleh belajar melengkapkan diri kita lantaran tarbiyah. Ya, kita ada murabbi.. tetapi kadang2, tarbiyah itu…lewat diri kita sendiri. Kita yang perlu berusaha keras untuk merasai kemanisannya. Buah tamar tak akan jatuh sendiri untuk maryam kalau tanpa dia menggoncangkan pohonnya kan? (maryam;25)

Mesti yakin

Tingkat keyakinan itu, ada tiga. Ilmu yakin, ainul yakin dan hakkul yakin. Ibnu Taimiyah berkata; ilmu yakin itu adalah ilmu yang kita dapat melalui pengkhabaran, pemerhatian dan perbandingan. Contohnya, bila saya katakan-‘wey,,tau tak.. di dewan sana ada rendang’, maka anda pun mengakui kewujudannya berdasarkan kata2 saya.

Tingkat yang kedua adalah ainul yakin.. iaitu apa yang kita lihat melalui mata kepala sendiri, yang memang ditafsir oleh ophthalmic nerve kita! Iaitu, ketika anda menggerakkan kaki ke arah dewan dan melihat periuk2 belanga dipenuhi dengan rendang ayam ada, rendang daging ada, rendang kacang ada.. maka anda lebih yakin lagi dengan saya.

Peringkat yang paling tinggi adalah apabila anda sendiri mengambil rendang tersebut dan memakannya dengan ketupat. Hah! Dan kemudian anda terangsang dengan keenakannya..dan ghairah untuk memberitahu yang lain, supaya turut merasainya.

Hakkul yakin.

Begitulah dakwah dan tarbiyah dik. Akak cerita..cerita..cerita.. tetapi kalau bukan awak sendiri merasainya, selamanya kita tidak akan merasa izzah dengan dakwah&tarbiyah islamiyyah ini. Ia memerlukan keterlibatan individu, yang merasai..seterusnya mengambil pengajaran daripadanya.  Apabila individu ini merasa manisnya berada di dalamnya, jatuh cinta dengan kesyumulan tarbiyah ini.. dia terangsang untuk mengajak orang lain merasainya bersama.

Adik,

Kakak bukan sedih kerana adik tidak bersedia untuk dakwah. Tiada paksaan. Ibadah itu ada segala macam dan kita dikurniakan kebebasan untuk melakukan yang terbaik.

Tetapi,kerana adik adalah teman setia akak dalam jihad menuju ke syurga Allah.. tidak akan sanggup tangan awak dilepaskan. Sememangnya kita memerlukan jiwa seorang rijal yang sarat dengan optimis dan tawakkal pada Allah. Ya, jiwa yang cintakan pengorbanan. Di dunia ini hanya terdapat 20% orang yang luar biasa. Tidak mahu jadi orang yang luar biasa? Kejayaan itu pasti. Mulanya dengan pembentukan individu muslim..

Jom! Katakan tidak pada kisah silam.

Nota 1: kenapa rendang ye? Oh, esok raya rupanya ^_^ Di kesempatan ini, tuan rumah dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada pembaca yang sentiasa setia mengunjungi teratak daif ini.. 10 jari disusun, maaf zahir batin. Diri ini banyak menzalimi diri ini, malah orang disekelilingnya. Banyak tanggungjawab dan amanah tidak ditunaikan, banyak hak2 kalian diabaikan. Astaghfirullah.. moga kita terus gigih dalam usaha memperbaiki diri, terus..menjadi agen perubahan pada masyarakat jahiliyyah ini.

Nota 2: Allahumma balighna ramadhan~ terasa tidak puas berduaan dengannya. Tidak puas untuk hanyut dalam cinta di malam2 akhir ramadhan. Semoga segala solat kita, tangis kita..adalah untuk Allah semata..dan menjadi munthalaq untuk istiqamah dalam ibadah2 kita seterusnya. iAllah..

Nota 3: hrm, kalau dulu ikhwanul muslimin berehat dari usrah,daurah ketika ramadhan. Sekarang.. bersiap siagalah kamu!! =)Infiru khifafan wa tsiqalan. Jihadu fi sabilillahi bi amwalikum wa anfusikum!

 

   3 comments

supir
September 19, 2009   11:08 AM PDT
 
salam ukhti ^_^

taqabbal allah minni wa minkum T_T

terima kasih ya allah untuk nikmat yang terindah ini... alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

ada ukhti pernah mengatakan ramai antara kita yang 'terperangkap di jalan ini'.

terperangkap? yes!

terperangkap di jalan ini adalah perangkap yang paling indah tetapi paling menyentap rasa hati... paling manis tetapi paling menyakitkan jiwa... paling seronok tapi paling sukar...

dan di atas semua itu, kita ada Allah yang sentiasa bersama kita... dalam setiap sel eritrosit yang mengangkut Oksigen tu, ada allah... dalam segala2nya, ada allah dengan kita...

setiap kepayahan yang kita lalui, kita pasti diganjari untuk segala usaha kita, asal sahaja semua itu untuk allah...

owh... nikmat apa lagi yang kita mahukan?

jazakillahhu khairan katheera utk segala2nya... yup, segala2nya ^_^
maaf zahir batin juga untuk segala salah silap saya...

~sedih melepaskan ramadan pergi... moga kita diizinkan ketemu lagi~

p/s: sampaikan salam pada ahli qalam... dpt bygkan camana antunna beraya ^_^
akak
September 20, 2009   02:24 AM PDT
 
salam

nice entry... banyak awak dapat dari program2 di malaysia dan sana juga.... alhamdulillah...

salam eidul fitri diha...

ramadhan tahun nilah paling kurang best tuk saya,, sebab cepat sangat berlalu. tak puas!

salam rindu.

saya balik malaysia hari ni/// insyaallah kita borak lagi :)
aizadiha
September 21, 2009   12:41 AM PDT
 
terperangkap di jalan ini..
huhu..inilah perangkap yang plg best sy rasa ain! =)

dapat bayangkan raya kami? alhamdulillah..sempat 'duduk2' juga!! maha suci Allah...

akk,
salam aidilfitri sis. rindu sgt neyh~ huhu.. mcm mana malaysia kak? nnt kita calling2 ok.
doakan saya sokmo! ^_^

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments