Bahtera ini.. layarnya Rabbani, kelasinya para daei, jalanya dakwah islami, ditebar ke lautan duniawi. Moga sentiasa kasih ilahi, dalam pelayaran ke daratan ukhrawi..
Friday, July 10, 2009
Ibu bapa dua zaman
Ketika zaman pemerintahan Turki Usmaniyah..
"Saya yakin kota Konstantinopel ini dapat ditawan oleh tentera islam tidak lama lagi. Hadis nabi itu berlaku pada zaman ini" kata syeikh Syamsudin Al-wali, ulama' yang sedari kecil diamanahkan mengajar sultan Muhammad Al-Fateh ilmu agama.
Kemudian Sultan Murad, ayahanda Sulta Muhammad Al-Fateh memegang kedua-dua bahu anaknya sambil berkata "Ayahanda gagal menawan kota Konstantinopel. Kerana itu ayahanda berharap anakanda meneruskan usaha ini. Kota Konstantinopel mesti anakanda tawan. Itu wasiat ayahanda.." kata Sultan Murad.
"Anakanda pasti berusaha menawannya" balas Sultan Muhammad Al-Fateh
"Nabi Muhammad s.a.w berkata, kota Konstantinopel ditakluki oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik serta rakyat yang baik.." kata Syeikh Syamsudin al-Wali pula.
"Wahai anakanda, jadilah pemimpin yang baik. Berilah latihan kepada pasukan tentera kita supaya menjadi tentera yang baik dan didiklah rakyat kita menjadi baik," pesan Sultan Murad.
Era generasi Y pula..
Sms dihantar – 'Salam adik. Ni Kak Ati, dari Volgograd. Boleh bagi akak no telefon rumah, boleh kita berbincang mengenai usrah kita cuti summer ni'
'w'salam K.Ati, ni no saya. Hrm,kalau bukan saya yang angkat telefon.. jangan mention pasal usrah ye!'
IRONI BUKAN?
Peristiwa pertama berlaku, ketika Sultan Muhammad Al-Fateh masih belasan tahun! Malah sebenarnya, sejak baginda berusia 5tahun telah dilatih dengan ilmu agama, ketenteraan dan sejarah supaya baginda membesar dengan semangat seorang pejuang. Kesannya, kota Konstantinopel berjaya ditawan olehnya..kenalilah murabbi2nya, kerana tanpa mereka yang mendidik Al-Fateh sedari 'umur zohor' tidak mungkin baginda pemimpin yang baik tersebut.
Peristiwa kedua juga berlaku pada umur remaja, umur yang mana sepatutnya rijal2 dihasilkan.. Tak mengapa, perkara ini bergerak perlahan. Islam tidak ditegakkan dalam satu malam. insyaAllah, adik tersebut nanti.. bakal menghasilkan mujahid mujahidah pula kerana merasakan sukarnya mendapatkan tarbiyah.
Nota kaki 1: terima kasih paling terhingga kepada kedua ibu bapa saya, yang tak pernah menghalang kepergian saya. Walau seminggu,2minggu.. kerana tanpa izin dan redha kalian tidak mungkin akan dirasai kemanisan tarbiyah ini..Peliharalah mereka ya Allah.
Nota kaki 2: sudah seminggu dirumah. Berjumpa kawan lama, paling menghidupkan suasana. Melihat orang berubah dan mahu berubah, meyakinkan saya bahawa semua orang mahu kembali kepada fitrah islam..Bismillah, dan melangkahlah.. Jangan takut, sebab sultan Muhammad AlFateh dulu sendiri, ketika kecilnya sangat nakal. Sebelum dirotan untuk belajar.. beberapa kali dipujuk-tidak-diendah untuk mempelajari agama tau!
Assalamualaikum..moga kita masih bersyukur dengan nikmat iman dan islam. Diambil kesempatan malam ini untuk melakarkan perasaan lagi..
Alhamdulillah,, berakhir 2paper. Imtihan selalu sahaja mengajarkan sesuatu, oh tak, Allah sebenarnya yang mengajarkannya... insyaAllah akan dikongsi kemudian, selepas exam ketiga ye ^_^
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kesempatan kami bertemu dengan murabbiah di alam maya. Kesempatan yang dikurniakan Allah di senggang imtihan. sebab kalau tanpa ilmu Allah yang membasahkan hati-hati kita, ilmu medic yang dihafal takkan berupaya membawa kita setapak lebih dekat denganNya.
Malam ni,,kami berwebcam..
Melihat muka murabbiah, juga ada dua adik- Ummu dari Plymouth dan Auni dari Dublin..
Melihat muka mereka selalu membuatkan saya terdiam..
Mereka kata saya menangis..
Taklah, tak menangis. Tapi mengagumi..
Mengagumi semangat antunna yang berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Mengagumi orang-orang yang menggunakan umur mudanya untuk mengizzahkan islam di muka bumi Allah. Mereka 2tahun lebih muda, tapi saya rasakan kematangan mereka lebih 2tahun dari saya.
Mereka gigih berkenalan dengan kami.. seperti wasiat Imam Hasan Al Banna yang menyuruh kita gigih berkenalan dengan orang yang baru dikenali.
'Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tak meminta demikian. Kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan'
Tapi kami banyak berdiam sahaja..
Malu mungkin?
Ya , malu..kerana memikirkan apalah sangat yang saya perjuangkan untuk sebuah islam..berbanding kalian
Kalau ditakdirkan mati, apakah mati saya itu sebagai syuhada'?.. tak dapat saya bayangkan kalau hidup ini tanpa tarbiyah dan dakwah. Tak dapat saya bayangkan diri ini tanpa cinta dan kasih sayang Allah wa akhawati. Tak dapat saya bayangkan sedihnya kalau tidak dapat bertemu kalian di taman syurga,, tempat orang2 yang apabila di dunianya.. sering bertemu dan BERPISAH hanya kerana Allah.
Sebab itu melihat muka kalian sahaja sudah cukup menyejukkan. Akak, entah bila kita dapat berjumpa kan. Maaf kerana sering mengecewakan dan membuat akak merajuk. Ketahuilah apabila saya diam dan merenung muka akak tu, sudah cukup menaikkan semangat saya tanpa perlu saya bercerita panjang. Sometimes I prefer to stay silent. Hehe..sebab untuk bercerita, segunung perasaan saya ni tak mampu ditanggung oleh skrin komputer..(eewahh, gedik nak jumpa akak depan mata la ni.Saja je menyeksa jiwa akak lagi kann=p)
"Ya Allah, aku bersyukur kerana memilih kami di dunia ini. Aku bersyukur kerana menemukan aku dengan para mujahidah di jalan Mu. Jadikanlah kami sebagai pejuang sayap kanan untuk islam, kerana kami rindu untuk syahid di jalanMu. Kalaupun kami sering terpisah ketika di dunia, yakinkanlah kepada kami.. bahawa pertemuan yang abadi itu adalah di syurga.."
Assalamualaikum..susah kan bila belajar depan computer. Kertas 'hemorrhagic fever' di tangan..tapi kemudian diletak2kan beberapa kali sebab nak tengok internet. Tengok apa? Yahoo mail, blogs, facebook!?..
Teknologi.. saya tak tahulah bagi sesiapa yang mempunyai iPhone pula (50% students Volgo dah ada kot..).. tentu lagi hebat mujahadahnya,kan. Sudahlah ada access internet, games yang banyak dalam tu masih belum buat best score! Sehinggakan sambil cikgu mengajar ada yang sanggup main bawah meja, sampai ada blister di tangan.ha! budak medic hebat ye..=)
Tapi itu cerita lain,saya bukan nak cerita pasal iPhone.
Saya ingin berbincang bagaimana kita menggunakan teknologi, tetapi memasukkan taqwa ke dalamnya. Contohnya, ada orang apabila berinternet..dia akan membaca. Membaca blog2 ilmiah, isu semasa dunia islam, atau mendegar bacaan kalamullah di imeem.com. Sekurang2nya terisi juga ruh di senggang imtihan. Cumanya,kalau dah 'overdose' dan melalut,haruslah ditutup terus computer..hu3..
satu rumah Qalam pun kadang2 ber'ym juga
Tapi ada yang lainnya, apabila buka sahaja computer, dia akan ke facebook- menjawab kuiz2 yang tak-masuk-akal-langsung, usha gambar, games lagi- juga di facebook tapi saya tak tahu apa nama games tu, kemudian ke e-bay usha latest handbags or perfumes, seterusnya melawat blog2, yang menceritakan persiapan pertunangan penulis contohnya! Wah…tak mengapa, bagus je, sekurang2nya anda celik dengan apa yang didoktrinkan dunia barat pada kita..serta masalah masyarakat muslim kini,kan?
Yea..sudahlah.. ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga. Kerana semalam, habis satu jam setengah saya menatap you tube-menonton "Perempuan Berkalung Sorban" ya, bagus juga cerita ni, memang terpaksa tengok sampai habis sebab mesejnya lambat sekali baru faham. Suka betul sebab perempuan itu pandai menunggang kuda! Tapi kita cerita lain kali sahajalah..
Betullah, kadang2 tarbiyah itu..lewat diri kita sendiri. Murabbi sudahkan jauh, berjumpa setahun sekali pun susah (rindunya akk..). Bila berusrah cyber, ditambah dengan bunyi latar tsunami.. yang dapat pun banyak tsaqafah dan fikriyah. Kalau mahu bercerita maka itu di sesi ym waktu lainnya.
Maka, tarbiyah dzatiyah diri perlu selalu ditekankan.
Apa itu TZ ?
Ia adalah peningkatan kualiti diri secara kendiri.. Ia mampu menjadikan seorang dai'e bertahan dalam berbagai ujian dan cubaan dakwah, serta cabaran duniawi. Ia tidak futur (malas dan lesu), tidak kendur semangat dakwahnya, pemikirannya tidak jumud dan tidak akan bimbang dan ragu menjawab berbagai tuduhan/fitnah (ah,sebut pasal fitnah!-cerita lain lagi)
Dengannya, kita tidak akan risau kalau bukan berada dalam bi'ah solehah ataupun berdekatan murabbi. Utusan-utusan Rasulullah saw. telah membuktikan dirinya dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah saw. dan masyarakat muslim lainnya. Ja'far bin Abi Thalib di antaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habsyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat merindukan berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya, mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama.
Hingga Rasulullah saw. begitu bangga terhadap mereka di saat mereka pulang ke Madinah. Beliau menyatakan, "Aku bingung apa yang membuat senang diriku, apakah kerana menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habasyah."
Juga untuk adik2 mutarabbiku..yang dirindui selalu.. Walaupun jarak kita dekat, hanya 5min perjalanan masyrud.. jagalah diri antunna. Hidupkan ruh islam, jadilah wanita solehah walaupun tanpa murabbi di sisi. Eewahh. Ada seorang mutarabbi saya, dia selalu mengatakan pada saya "K.Aiza, marahlah saya..garanglah dengan saya..saya nak selalu ada k.Aiza, untuk nasihatkan saya".. hrm, selalu ada tu.. insyaAllah boleh aja. Walaupun bukan 24jam. Tetapi.. untuk garang tu..iya,saya memang garang dengan adik kandung sendiri sebenarnya. Hehe.. tetapi untuk garang dengan mutarabbi takut jadi pengawas sekolah pula. Dakwah kita kan dakwah kasih sayang. Tapi iya, boleh sahaja..sebab antunna dah dianggap macam adik sendiri pun. ^_^
Antara aspek penting dalam TZ, yang saya sudah ringkaskan..
1. buatlah fokus sasaran tarbiyah dzatiyah yang akan dilaksanakan oleh masing-masing. Misalnya,sasaran bacaan 2ms Quran setiap hari, sasaran bacaan ilmiah satu buku dalam satu minggu..tahajjud seminggu sekali, bacaan untuk usrah..etc 2. prioriti amal Saya suka membuat jadual sendiri..dalamnya ada 4column- urgent&important, not urgent & important, not important & urgent, not urgent & not important. Cubalah! 3. Laksanakan dari hal yang ringan dan mudah 4. berdoalah pada Allah swt. agar dimudahkan dalam menjalankan ikrarnya. 5. Denda kalau tak mampu buat! Contohnya kalau terlambat bangun subuh..wajibkan diri anda untuk derma 100rub pada peminta sedekah dijalanan.
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-furqaan;70)
Adikku..
Matlamat awal penulisan ini adalah, kerana risau saya pada adik di Malaysia. Budak sekarang, bukan sahaja pandai berinternet..malah chatting,facebooking, friendster, malah sms-ing menjadi perkara biasa. Nak ceritakan pada mereka tentang tarbiyah zatiyah? Lamaa lagi.
Lagi,sudah sah-sahlah mereka tidak memasukkan ketaqwaan,dalam apa jua yang mereka lihat. Budak-budak,apa yang dilihat oleh mata mereka,itulah yang mereka ambil bulat2. Kalau dalam movie,kekasih bebas berpegang tangan dan berpelukan contohnya (anak halal! Ah tidak~), maka itulah yang mereka rasakan norma. Kalau pakaian penari2 barat yang memualkan ditambah dengan stail rambut yang pelbagai (adik saya suka sangat HSM kot)..maka itulah stail rambut dia!
-_-
Sudahlah pendidikan Malaysia yang sekular ingin memansuhkan matapelajaran agama dari bilik darjah..
"Tahun depan tidak akan lagi kedengaran anak-anak genius Malaysia yang mampu mencapai 20 A dalam peperiksaan SPM seperti sebelumnya ini berikutan dasar baru setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin."
Jahiliyah pula sepertinya terus maju, bergerak seiring dengan naiknya bendera dakwah islamiyyah. Kalau daei berehat sekejap, tentu mereka akan menjangkaui kita. Generasi muda pula, apabila keluar sekolah nanti..bakal keluar dengan jiwa yang kosong. Sekurang2nya, walaupun saya akui matapelajaran sejarah dan pendidikan islam di sekolah diajar secara kering.. namun, setelah keluar ia hanya perlu dibasahkankan sahaja dan siap digunakan untuk menegakkan islam.
Tetapi,jika ianya nil?
Inilah tugas terbesar kita. Iya betul, selalunya apabila pulang cuti musim panas- ditambah dengan praktikal 2minggu..berprogram 2minggu.. tinggal sebulan. Dalam sebulan juga banyak keluar untuk hal-hal berkaitan, menziarahi mad'u, jaulah mungkin. Habis siapa yang akan mentarbiyah adik dirumah?
sekurang-kurangnya, seperti saranan ust.saifulislam.com, kita mungkin tak boleh menghalang mereka menonton TV, merekakan jiwa yang penuh inkuiri maka mereka akan tetap mencarinya dan tersalah tafsir. Namun, kalau boleh kita berada disamping mereka dan menerangkan, "itu salah dik", "jangan pakai macam ni, lelaki tengok seksi tau, tak malu?"..
Saya mahu pulang sangat dah ni. Biasalah,imtihan kan. Sekejap2 terasa air mengalir kerana rindu tengok gambar mak ayah. Mengada sungguh. Sabarlah, setahun sahaja lagi..kemudian graduate dan selamanya boleh berbahagia di rumah.
Sebelum itu, persiapkan diri dulu. Rapatkan saf, bersama-sama dengan orang yang bercita-cita sama seperti kita, seperti IHAB..
Pernah dahulu, As-syahid Hassan Al-Banna bercerita tentang cita-citanya kepada seorang sahabat ikhwan, katanya..
"Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan yang hampir roboh, maka Aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas, untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersegam indah, kemudian masyarakat terkejut melihat betapa hebat dan indahnya bangunan yang dahulunya hampir roboh. Mereka tercengang-cengang melihatkan pemuda-pemuda yang berada di dalamnya..Mereka bermanis muka dan berpakaian kemas..sungguh berbeza dengan masyarakat luarnya..."
'w'salam..cikgu..saya alhamdulillah. Maaf lama tak contact cikgu. Macam mana hidup berumahtangga?'
Message sent.
Saya berjalan menghirup udara petang bumi Volga. Hampir masuk musim panas. Pemandangan pun berubah, orang-orangnya juga berubah.. Cuma komuniti muslim sahaja yang masih sama litupnya.
Cuaca makin panas, tetapi kami disini masih ada 'summer snow'. Bukan salji yang turun dari langit, tapi kekabu yang turun dari pohon. Cantik, teringat suasana di kampung. Cumanya,kekabu ni dikatakan sudah banyak menjadi punca kematian rakyat Rusia, dek kerana ia menjadi punca pada eksaserbasi (suka hati je translate: from the word exacerbation) kepada asthma. Kerajaan Rusia sedang berusaha menebang pohon-pohon kekabu yang ada, tetapi atas kekangan ekonomi projek ini masih tertangguh.
Oh. Allah kan ada berkata, "Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu1.." kendatipun kita dalam bangunan yang kukuh,sedangkan selembar kapas pun boleh menjadi punca. Macam mana pula kalau saya mati, dalan keadaan ruh yang jauh pada Khaliqnya? Nauzubillahi minzalik..
Tiit,tiit..One message received
Oh,cikgu Rahim.Hampir saya terlupa, asyik sangat mengelamun mentadabbur alam.
'Alhamdullilah. Saya dah dapat baby gurl. Nama baby saya Aiza Nur Izdihar. Seperti yang dijanjikan.'
Serentak itu hati saya jadi terharu. Seperti yang dijanjikan?setulusnya saya tak ingat pun bila cikgu Rahim berjanji menamakan anaknya dengan nama saya. Cumanya, yang masih segar di tempurung kepala saya ..ketika masih menuntut di Bukit Merbah dulu, cikgu ini adalah antara cikgu yang banyak mengenali isi hati saya. Dan dia bukan cikgu fizik, atau kimia..atau sejarah, atau pendidikan islam. Dia hanyalah seorang jurulatih silat, yang kami panggil dengan gelaran 'cikgu' atas dasar hormat. Ya, dia tetap seorang guru di hati saya..nasihat2nya tetap ada dalam atma.
Sepertimana kita kadang-kadang melupakan insan yang pernah singgah di hati kita, dalam tidak sedar sebenarnya ramai yang masih menjadikan kita utuh diingatannya. Kita sering terlupa,apa yang kita sediakan untuk orang disekeliling kita? Apa manfaat kita pada orang lain?
Saya mengorak langkah lagi.
Kali ini hampir sampai ke rumah. Kanak-kanak riang bermain di taman. Volgograd ini bersih, pohon-pohon sakura dan tulip menambah keindahan musim bunga. Rasanya macam di Jepun kan,walaupun tak pernah saya sampai kesana=).
Walaupun tidak semua orangnya ramah, tetapi setelah bertahun kami membawa imej Islam di sini.. alhamdulillah penerimaan mereka semakin baik. Selagimana saf islam ini memelihara perpaduannya, keteguhannya, dan individu muslim/muslimah tidak sibuk meniru gaya hidup bukan islam.. insyaAllah program "Islam sebagai penyelesai masalah" mampu dilaksanakan.
'Privet,kak dela?2' tegur seorang pakcik.
'vseo normalno..kharasho..3' saya membalas dengan senyuman. Dia seorang jiran, hidupnya menegur setiap orang yang lalu lalang dan menolong siapa yang memerlukan bantuan.Oh ya, kesihatan mentalnya mungkin kurang sedikit, tetapi hatinya baik. Kalau disinari dengan nur islam..malah lebih baik. Setiap kali dia bertanya, alhamdulillah saya jawab di dalam hati. Mungkin sepatutnya diluahkan sahaja, mungkin sebenarnya mereka ingin mendengar,bukan?
Langkah saya diayun perlahan. Penat juga setelah seharian ke kelas. Memang selalu begini, bila berseorangan sama ada saya akan jalan terlalu laju atau terlalu perlahan.
Pap ! tiba-tiba ada seseorang mengetuk dari belakang.
'oit,mengelamun !' laa, Hikari rupanya.
'hehe..taklah. Termenung je..ingat orang jauh..'
'gedik awak ni. Teringat kat siapa? Dah puas ingat Allah ke,sibuk nak ingat kat orang lain?'
Pecah ketawa kami.. ambik sebijik..'ish, main2 je lah..saya teringat janji saya pada cikgu Rahim,untuk menziarah dia sekeluarga cuti summer nanti. Dah lama sangat, walimahnya dahla saya tak datang tahun lepas. Ahh..bersalahnya…' saya memulakan cerita pada Hikari.
'oo..bagus2..bukankah ziarah-menziarah tu amalan ahli syurga? Tau tak,,di syurga nanti, ibadah tidak perlu.. belajar tidak perlu..tetapi mereka perlu ziarah antara satu sama lain..tahu tak apa yang lagi best ?'
Saya mengangkat sebelah kening, tanda tanya..
'Dan ziarah yang paling syok adalah ziarah melihat wajah Allah…'
Waahh,bersinar-sinar mata kami bila bercakap bab melihat wajah Allah. Dimanakah agaknya kedudukan kita di sisi Allah, layakkah kita diucapkan salam oleh Ar-rahim untuk ke syurga kelak??
"Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka. Mereka dan pasangan-pasangannya berada dalam tempat yang teduh, bersandar di atas dipan-dipan. Di syurga itu mereka memperoleh apa sahaja yang mereka inginkan. Kepada mereka dikatakan 'Salam..', sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.."
Yasin;55-58
Tiit..Tiit..
Message lagi! Mesti cikgu Rahim balas.
'Ok,nanti bagitau nak datang. Bawa sekali hadiah kahwin dan anak saya. Saya berdoa, bila anak saya guna nama ni.. dia akan jadi macam kamu..'
Zass..tersentak lagi.Gembira, terharu..dan paling banyak sekali ..malu. Malu kerana tidak tahu apa yang kita ada, untuk dicontohi orang lain. Malu kerana persiapan diri ini sangat sedikit, dan perlunya kita adalah untuk ummah. Teringat tulisan seorang murabbi…'beban dakwah berat sekali ya adik, sementara sepertinya bekal kita belum apa-apa..tiba-tibabanyak sekali yang menuntut perhatian kita'4
Ya, belum punya apa-apa. Lagi tiba-tiba kalau datang message di email,atau facebook.. mesej2 menyentuh hati, karangan perasaan sahabat2 yang ingin berubah dan mengharap nasihat. Makin dirasakan diri ini diketuk2 suruh bangun dari angan-angan yang panjang.
Kenal Abdullah bin al-Thamir ? ya, dialah ghulam (ie-pemuda) yang diceritakan dalam kisah ashabul ukhdud. Bagaimana seorang kanak-kanak pun boleh menjadikan seluruh kampung beriman pada Tuhan-budak-ini, hanya kerana keyakinannya memartabatkan kalimah Allah.5
Para pemuda islam yang beriltizam dengan islam adalah merupakan aset penting di masa hadapan.Mereka seumpama batu bata yang membina sebuah bangunan yang kukuh, benteng yang utuh mempertahankan ummah.
Oleh itu, siapkanlah diri kita dan ikutilah tarbiyah yang sebenar, ujian yang ketat dan ujilah diri kita dengan melakukan amalan yang berat dan sukar. Kekanglah nafsu kita dan tinggalkanlah segala amalan yang menjadi kebiasaan kita.
Oh..
Subhanallah..ramai yang memerlukan anda ! Jangan kita rasakan kita tidak layak, seperti juga sakura yang dirasakan tidak layak tumbuh di tanah bekas komunis ini.. rakyatnya masih ada lagi yang membuang air di tepi jalan, namun ia tetap tumbuh! Dan Volgograd tetap cantik kerananya!
'woi, tekanlah loceng rumah tu…' tiba-tiba suara Hikari mengembalikan saya ke alam nyata.
Oh,dah sampai rupanya. Butang 6,kemudian 8 ditekan. seterusnya loceng dibunyikan. Inilah rumah kami, rumah Qalam-no 68. "Demi pena, dan apa yang mereka tuliskan. Dengan karunia Tuhanmu engkau bukanlah orang gila.."
Assalamualaikum, musim imtihan hampir menjelma. Musim yang bakal menyaksikan keserabutan yang berganda.. huhu.. musim yang menuntut tarbiyyah ruhiyah yang perlu dilaksanakan semaksima mungkin, musim yang sepatutnya ibadah lebih mantap dan bukan lebih cikai, hafazan yang patutnya bertambah dan bukan tilawah yang separuh2.. qiamullail mengharap pertolongan Allah dan redhaNya disamping mempelajarai ilmu2 duniawi sebagai wasilah perjuangan..
musim mujahadah dengan hebatnya!! moga kuat semuanya, maan najah yea.. chaiyok ^_^
juga, saya rindu pada murabbiah. Kalau nampak dia depan mata kemungkinan besar saya akan peluk dan menangis... maan najah ya ukhti. Selamat berjihad di medan pena.. ijazah yang bakal digenggam sebagai tiket menjadi seorang rajul ammah,iALLAH
saya curi sajak akak, jazakillah =)
Kerana cinta itu terlalu istimewa May 9, 2009 by muharikah
Akh,
cinta bagi ukht itu bagaikan permata amat berharga bagi insan bernamanya
Assalamualaikum.Saya ingin cuba menulis secepat mungkin.. kerana, jam sudah pun pukul 12malam. Buku masih terbentang luas, mata sudah merah tetapi komputer lebih menarik hati. Juga, kerana merasakan tanggungjawab saya kepada pembaca blog ini agak terabai sekian lamanya.. merasakan sudah lama tidak menyampaikan apa yang diyakini kedalam blog sendiri. Bak kata ustaz Chandra -tulisan itu patut diarahkan sebagai TABUNGAN MOTIVASI,yang boleh kita simpan sedikit-demi sedikit.
Kebelakangan ini jadual hidup saya bercampur, antara risalah (dakwatunna), ijazah (MD), juga wadah (biro informasi & sukan!). Ya, logiknya iman juga selalu turun naik.. betullah kata Ibnu Rawaahah, ketika dia memegang tangan Abu ad Dardaa' – "Sesungguhnya hati ini lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak". Inilah peperangan berterusan antara himmah (kesungguhan) dan futur (down), ianya memerlukan jiwa yang hebat melawannya serta jasad yang istiqamah menghadiri taman2 syurga di dunia sebagai 'vaccin' untuk iman didalamnya.
Saya menyebut tentang kitaran hidup saya yang bervariasi. Setulusnya, saya tidak merasa kekurangan, atau kecewa atau menyesal. Baru sebentar tadi saya berbincang dengan seorang sahabat, tentang perlu atau tidak kita 'join' orang2 disekeliling kita dalam aktiviti2 umum (erk, read: aktiviti yang tidak ada kaitan dengan program agama). Spesifiknya, salahkah kalau kita menjaga 'perasaan' gembira kita supaya tidak melampaui limit.
Jawapan saya perlu. Tidak salah.
Uzlah terbahagi kepada dua:
Uzlah jasadiyyah – pengasingan jasad
Uzlah syu'uriyyah – pengasingan perasaan
Uzlah yang pertama iaitu uzlah jasadi, tidak dianjurkan lebih2 lagi untuk kita para daei. Kerana, pengasingan diri kita seluruhnya dari sebuah komuniti itu hanyalah akan mengundang fitnah kepada dakwah..seterusnya menjadi hijab antara seorang daei dan mad'u dek kerana hambarnya ukhwah dan hapusnya tsiqah manusia pada kita.
Manakala uzlah yang kedua.. iaitu uzlah syu'uriyyah..yakni mengasingkan perasaan sahaja sedangkan jasad kita masih terus ada di situ. Maksudnya, dalam manusia sibuk bergembira dan beramah mesra, kita masih menjaga tertib dan adab. Dalam manusia riuh bersorak dalam sebuah perlawanan sukan, kita masih tidak lupa bahawa mengingati Allah itu lebih tenang & tenteram. "..Orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingati Allah..Ingatlah..hanya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang..."[Ar-Ra'd:28]. Ketenangan ini, adalah perasaan yang lebih jauh indahnya lagi daripada apabila kita berjaya menyumbatkan satu gol seterusnya melompat gembira hampir menitiskan air mata. Hmm,,saya bercakap melalui pengalaman ni. Jangan kata saya tak pernah main futsal =).
insyaAllah, uzlah syu'uriyyah ini tidak susah.. kalau kita adalah orang2 yang lurus niatnya- Innama al-amalu binniati..Niat, dengan melakukannya bukanlah untuk hanya mendapat penat atau membunuh masa lapang sahaja.. tetapi membuka hati untuk lebih berkasih sayang dan berukhwah dengan manusia keliling. Dengan itu..mengajak lebih ramai lagi orang lain kepada mentaati Allah.
Perasaan bersalah
Saya yakin, sebenarnya ramai yang sudah mempunyai perasaan begini. Perasaan tika mana anda berasa bersalah untuk overexcited, terlalu gembira dalam sesuatu hiburan. Perasaan benci kepada perkara2 yang sudah di 'doctrine'kan kepada ummat islam agar kita menjadi orang2 yang cintakan dunia dan takutkan mati.
Sahabat saya mengatakan, ianya datang dari hati.Ya, ia datang dari hati yang faham. Faham dengan ayat2 al-quran dan surat cinta yang diturunkan oleh Allah buat kita. Faham bahawa melupakan Allah dan kalamnya walau sedetik itu amat kita takuti. Gleed Stones, mantan PM Inggeris, pernah mengatakan..
"Percuma memerangi umat Islam, kita tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam al-Qur'an masih bergelora. Tugas kita kini adalah mencabut al-Qur'an hati mereka, baru kita akan menang dan menguasai mereka."
Nauzubillahi minzalik!
Kalau tak mampu,maka selamatkanlah dirimu
Namun begitu..mungkin juga terjadinya situasi di mana uzlah syu'uriyyah ini mustahil dilakukan tanpa kita terikut2 dengan karenah manusia lain. Contohnya seperti dalam satu hadis Hasan, riwayat Tirmidzi "Apabila kamu melihat kekikiran yang diperturutkan, hawa nafsu yang diumbar, dunia yang diutamakan, & ketakjuban setiap orang yang mempunyai pendapat terhadap pendapatnya.. maka selamatkanlah dirimu.."
Juga dalam hadis lain..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw bahawasanya beliau bersabda "Sebaik2 hidupnya manusia adalah orang yang memegang kendali kudanya untuk berjuang di jalan Allah, ia meloncat ke punggung kuda setiap kali ia mendengar panggilan jihad atau sejenisnya. Di mana dengan loncatannya itu ia mencari musuh untuk dibunuh atau mati ditempat yang disangka ada musuh. Atau seorang yang menggembalakan anak kambing di puncak salah satu bukit atau jurang dengan mendirikan solat, menunaikan zakat dan senantiasa beribadah kpd Allah sehingga ajalnya tiba. Di mana ia tidak berhubungan dengan sesama manusia sedikitpun kecuali untuk kebaikan" H.R Muslim. Riyadus Solihin 278/2 (601)
Dalam hadis tersebut, uzlah si pengembala kambing juga adalah baik, sebagai anjuran untuk menyepi dari keramaian manusia yang rosak atau takut adanya fitnah dalam agama, yang dilarang dan syubhat.
Sebaiknya, alirkan perasaan itu
Sebagai kebaikan bagi mereka yang faham.. adalah bagusnya kalau perasaan itu juga dialirkan kepada orang lain. Alangkah bagusnya kalau perasaan bersalah itu dirasai bersama supaya kelak, seluruh ummat islam ini izzah dengan islam dan akhirnya tidak perlu lagi kita terus khuatir dengan hati2 yang melupakan Allah ketika terikut2 dengan program bercorakkan barat. Akhirnya, tiada orang perlu menjadi pengembala kambing yang beruzlah jasadi kerana takut, tetapi semua orang sudah berani menjadi tentera2 fi-sabilillah.
Walaupun perasaan dalam hati itu adalah hidayah dari Allah, namun apalah salahnya kalau kita menjadi punca hidayah itu, menjadi perantaranya. Takkanlah kita ini diciptakan Allah hanya untuk duduk goyang kaki dan melihat hidayah itu turun bagaikan tayangan cahaya 'aurora' bak filem dihadapan kita?
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa menyeru kepada hidayah (petunjuk), maka ia mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang2 yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa sebagaimana dosa orang2 yang mengerjakannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun" H.R Muslim
Assalamualaikum..alhamdulillah baru pagi tadi penutup BAM 2009 dilangsungkan. Semoga kita masing2 bersedia menjawab persoalan2 untuk diri sendiri..Adakah kita mengutamakan amal untuk deen ini, lebih dari amal kita terhadap benda2 lain? Al-haq atau al-hawa yang lebih menarik hati? Sebanyak mana yang kita sediakan untuk diri kita?? I REPEAT, diri kita. Adakah kita sibuk dengan perkara2 lagha..sampaikan di akhir bulan,, kita pun bertanya, eh..bilanya BAM? BAM dah habis?
sedarlah,mereka sudah jauh kehadapan..
dan rugilah sekiranya kita masih di sini....
Allah, mengilhamkan kita untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa..maka sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - YANG SEDIA BERSIH- bertambah-tambah bersih dengan iman dan amal kebajikan,dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - YANG SEDIA BERSIH - itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat. (as-syams)
Ini sajak yang saya hantar untuk pertandingan. Saya jarang berpuisi, kerana tiada bakat,tiada vocab, kaku..skema dsb. Selalunya sajak saya akan berbunyi seperti pantun ataupun pantun akan nampak seperti ayat kefahaman saja. Warning: sajak ini agak bosan,tak ada ruh..malah bahasanya juga beku disana sini. Tapi saya upload juga untuk kritikan semua, iAllah menjadi pengajaran bagi saya. jzkk..
Tajuk:Sampai bila?
Hari ini Awan mendung di Ramallah hujan tidak,panas bahan api terbangun sang mujahidah dalam dakapan ummi tangisnya berbau resah ummi, sampai bilakah?
Semalam Yahudi mengganas di Rafah bergegar ruh malam bulan menangis marah menyaksikan zionis kejam menghisap darah menyentap syahadah
Kelmarin Zionis bangga di El-Ramlah Jerisi besi dipasakkan nafsu kebinatangan jasad kebaculan ah,sedangkan kerikil pun kau lari seribu langkah
Minggu lepas mujahid kecil dibunuh dalam langkahnya ke sekolah hebohlah kita protes konon murka dengan laknatullah doa dimanakah? binaan muslim lupakah?
Bulan lepas hujan bom di Gaza bumi bah dengan jiwa pilu mengusik atma muslim habis di bumi anbiya' yahudi kebas menyesarkan tanpa malu secebis
Tahun lepas bayi baru lahir sesudah bayi yang lalu dibunuh walhal di Tel Aviv,Yafa waris zionis bebas dalam bilik darjah kota metropolitan terus gah
Abad lepas jeritan palestina lirih kita pula terus anih asyuk dengan tempat singgah lupa dunia ini fana yahudi terus euforia sukses melekakan kita
Kurun lepas British menjanjikan zionis legal di Palestin Deklarasi Balfour detik kekejaman menyeksa jasad dan batin keluarga di tanah watan
sudah terlalu lama... raifal,peledak berdentum berkecai cerebrum terputus anggota sibuknya izrail di Gaza
cetera ini tidak akan ada hujungnya kalau umat islam ini buta pekak dan lumpuh anggota terus cacat,culas,beku hatinya dengan soalan "ummi,sampai bila?"
it tranquils the heart.. it makes you palpitate..and you may tremble & cry..
1. By the heaven, and At-Tariq (the night-comer, i.e. the bright star);
2. And what will make you to know what At-Tariq (night-comer) is?
3. (It is) the star of piercing brightness;
4. There is no human being but has a protector over him (or her) (i.e. angels incharge of each human being guarding him, writing his good and bad deeds, etc.)
5. So let man see from what he is created!
6. He is created from a water gushing forth
7. Proceeding from between the back-bone and the ribs,
8. Verily, (Allah) is Able to bring him back (to life)!
9. The Day when all the secrets (deeds, prayers, fasting, etc.) will be examined (as to their truth).
10. Then will (man) have no power, nor any helper.
11. By the sky (having rain clouds) which gives rain, again and again.
12. And the earth which splits (with the growth of trees and plants),
13. Verily! This (the Qur'an) is the Word that separates (the truth from falsehood, and commands strict legal laws for mankind to cut the roots of evil).
14. And it is not a thing for amusement.
15. Verily, they are but plotting a plot (against you O Muhammad ()).
Salam. mungkin ramai yang mengenali saya,, mungkin juga ramai yang tidak.Mungkin ramai yang kenal saya sebagai seorang yang terjaga tingkahnya (konon.perasan), seorang murabbiah yang petah bila memberi usrah..yang iAllah berusaha menjaga auratnya..dot3, tak perlulah kot saya berteka teki mengangkat bakul.Terpulanglah pada penilaian anda sendiri, apa yang saya tahu.. saya masih seorang hamba Allah yang hina,dosa2 tidak dapat habis ditangisi sehingga habis takungan air mata sekalipun.
mungkin, ramai juga yang mengenali asal usul saya. Zaman jahiliyyah saya, & kebolehan saya.
Sebut pasal kebolehan, well..i was born in a sport family.It runs in the blood. Sejak umur saya darjah 2 saya dah mewakili sekolah dalam acara trek.Yea,percaya atau tidak sejak darjah 3 saya dah mempunyai kasut 'spike' sendiri! Sampai saya form 1 di sini,, saya terus menjadikan acara sukan tu acara WAJIB setiap tahun. Kalau disekolah menengah, di tambah pula dengan silat... secara puratanya sedari januari-ogos, duduk di padang sahajalah gamaknya.
ya Allah.. kalau anda bukan orang sukan, anda memang takkan faham 'himmah' ini, anda memang takkan mengerti apa yang saya lakukan tu.
Lebih kurang setahun yang lepas, saya secara drastiknya menarik diri dari pasukan futsal uni. Kenapa? susah nak menjawabnya, tak ada jawapan yang konkrit. Sampai ada yang memujuk, dia kata "diha, futsal is in your blood".. waktu tu,, saya sekadar menjawab "i know, but something else has entered my blood". senyum=)
saya keluar juga kerana fatwa hati. Sejauh mana fatwa hati ini dihiasi ketaqwaan? saya pun tak pasti. Sekadar dengan iman & taqwa yang amat terbatas,,kerana itu saya mengikut gerak hati saya. Gerak hati seseorang yang sangat suka bersukan,, malah tahu rasulullah sendiri menggalakkannya. Akan tetapi kerana merasa tidak selesa dengan keadaan yang TIDAK MEMBENARKAN WANITA MUSLIMAH BERSUKAN,lelaki2 yang tidak faham kenapa an-nur 30 diturunkan sebelum an-nur 31-maka dengan itu saya telah percaya pada fatwa hati saya.
Kini, sudah 2minggu saya turun ke padang kembali. Niatnya, biarlah hanya saya dan Kekasih saya yang tahu.Hari pertama, saya berdoa.. "Ya Allah, kalau perkara ini baik untukku dan agamaku, engkau permudahkanlah..tapi kalau ia tidak baik untukku dan agamaku,dan fitnah itu lebih banyak dari kebaikannya, maka jauhkanlah ia dariku.." maksud lainnya, biarlah tak pass selection, hehe. Tapi datang-datang, memang bukan sahaja tidak cukup atlet, malah mereka meletakkan harapan begitu tinggi~iAllah, akan dibuktikan!
teringat pesan ayah, "ia juga salah satu tanggungjawab kita pada masyarakat.." ayah saya nak anak2nya versatile & all-rounder.hehe ..
Tapi malam ini saya gundah kembali...
Khuatir jika usaha menjaga aurat dan tingkah laku.. akhirnya bagai mencurah air ke daun keladi, sebab saya bukanlah orang yang 'lengah' melakukan sesuatu. Kalau saya bersukan, nah! all-out!
hendak menjadi solehah tu tidak senang, dalam dunia tarbiyah memang banyak cubaannya. Penilaian kita, sesuatu syariat perlu selalu dibezakan samada ia adalah BATASAN atau PANDUAN. Menutup aurat dengan sempurna bukanlah satu batasan, tapi ia panduan.. yang kemudian dizahirkan dengan tingkah laku.
Hrm,khuatir kalau tidak istiqamah, tak dapatlah keteguhan hati seperti yang dijanjikan Allah dalam surah Hud;120.
rabbi yassir wa la tuassir, ya karim.. ya Allah..permudahkanlah & jangan disukarkan..
p/s:maaf kerana menulis tanpa dalil, juga kalau mengguris mana2 individu. Kerana memang ini adalah karangan perasaan..
"Tatkala kehidupan dibebani kesibukan,
Kadangkala terpinggir jiwa yang kekosongan
Segarkan ia dengan nasihat keislaman
Ceriakan ia dengan kelapangan wasiat iman
Moga jiwa kita tak pernah lagi mencari kerendahan
Kerna syurga hanya memandang ketinggian"
"Mother" is such a simple word,
But to me therefs meaning seldom heard...
For everything I'm today,
My motherfs love showed me the way...>
the baby's first cling to the mother..
VOLGOGRAD
BANGI VALLEY
as the clock ticks...
To realize the value of One Year
Ask a student who missed 1 course of medicine
To realize the value of One Month
Ask a mother who gave birth to a premature baby
To realize the value of One Week
Ask an editor of a weekly "bidayatul hidayah"
To realize the value of One Day
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed
To realize the value of One Hour
Ask the lovers who are waiting to meet
To realize the value of One Minute
Ask a person who missed their train
To realize the value of One Second
Ask the person who survived an accident
The realize the value of One Millisecond
Ask the person who won a silver medal in the Olympics
"Dan jika mahu mengetahui nilai sebuah kehidupan
Tanyalah mayat yang sudah putus peluang untuk beramal"
the beauty of a women isn't in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair.. the beauty of a woman must be seen from in her eyes, bcoz that is the doorway to her heart, the place where love resides. the beauty of a woman is reflected in her soul. it is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows, and the beauty of a woman with passing years-only grows! u dont stop laughing bcoz u grow ol', u grow ol' bcoz u stop laughing..