Bahtera ini.. layarnya Rabbani, kelasinya para daei, jalanya dakwah islami, ditebar ke lautan duniawi. Moga sentiasa kasih ilahi, dalam pelayaran ke daratan ukhrawi..
Saturday, September 19, 2009
warkah untuk adik
“Akak,saya tak mahu jadi murabbi. Tarbiyah diri saya sendiri
tak lengkap..macam mana saya nak didik dan jaga orang lain..sejarah diri saya
teruk”
Kata-katamu dik, menyentap hati akak dengan perlahan,tapi menyakitkan.
Sakitnya bukanlah seperti direntap, tetapicukup lembut dan menusuk. Cukup membuatkan diri ini termenung jauh
memuhasabah diri.. ditangisi segala dosa-dosa lampau, disesali segala
kekurangan usaha dalam dunia tarbiyah.
Kata-kata tersebut,samalah seperti seorang anak berkata pada
emaknya.. “ummi, saya tak mahu ada anak. Didikan ummi tidak sempurna..saya tak
akan dapat mendidik anak sendiri nanti..”
Adik,ada ke orang yang tarbiyahnya sesempurna Rasulullah, yang murabbinya Allah?
Atau sesempurna Aisyah,yang murabbinya Rasulullah?
Kita memang bukan hamba yang silamnya gemilang, kita cuma seorang
srikandi dengan silam yang kelam. Dengan silam itu, kita masuk university tarbiyah
tanpa ada kelulusan apa2 kecuali semangat untuk istiqamah serta pakaian
keikhlasan. Bismillah.
Kita ada penasihat Allah
Diriwayatkan dari Nuwas bin Saman r.a, ia berkata,
Rasulullah saw bersabda “Allah taala membuat perumpamaan jalan yang lurus, dan
di kedua sisi jalan ini ada dua tembok pembatas yang padanya terdapat pintu2
terbuka, dan pada pintu2 itu terdapat tirai yang tergantung. Di pintu jalan ini
terdapat menyeru yang berkata ‘wahai manusia, masuklah kalian semua ke jalan
ini dan janganlah melencong’. Dan seorang penyeru yang memanggil dari atas
jalan..apabila seseorang ingin membuka sebahagian pintu2 itu ia berkata ‘celaka
kamu! Apabila kamu membukanya, maka kau akan memasukinya’
Jalan itu adalah islam, dan tembok itu adalah batasan2
Allah, pintu2 yang terbuka itu adalah perkara2 yang diharamkan Allah, penyeru
di tengah jalan itu adalah kitab Allah, dan penyeru dari atas adalah penasihat
Allah dalam hati setiap muslim” (HR Ahmad)
Adik, baca dan teliti betul2 hadis ini. Dalam setiap hati
kita, ada penasihat Allah yang sentiasa menyeru tika mana kita hampir pada
kemaksiatan. Nak buka pintu-pintunya sahaja hati kita tak membenarkan apatah
lagi memasukinya!!! Prinsip kita adalah untuk mengoptimumkan penggunaan
penasihat tersebut, which.. yang kita selalu sebut sebagai tarbiyah dzatiyah. Halang
diri kita dari dosa, lawan futur kita dengan himmah aliyah, bersihkan hati
dengan ibadah yang shahih, dan jadikan orang sekeliling sebagai mad’u kita
supaya mereka menjadi pemangkin kepada perubahan diri kita, insyaAllah.
Tahu, dosa kita semua memang banyak. Kita memang tidak boleh
sempurna, tetapi kita hanya boleh belajar melengkapkan diri kita lantaran
tarbiyah. Ya, kita ada murabbi.. tetapi kadang2, tarbiyah itu…lewat diri kita
sendiri. Kita yang perlu berusaha keras untuk merasai kemanisannya. Buah tamar tak akan jatuh sendiri untuk maryam kalau tanpa dia menggoncangkan pohonnya kan? (maryam;25)
Mesti yakin
Tingkat keyakinan itu, ada tiga. Ilmu yakin, ainul yakin dan
hakkul yakin. Ibnu Taimiyah berkata; ilmu yakin itu adalah ilmu yang kita dapat
melalui pengkhabaran, pemerhatian dan perbandingan. Contohnya, bila saya katakan-‘wey,,tau
tak.. di dewan sana ada rendang’, maka anda pun mengakui kewujudannya
berdasarkan kata2 saya.
Tingkat yang kedua adalah ainul yakin.. iaitu apa yang kita
lihat melalui mata kepala sendiri, yang memang ditafsir oleh ophthalmic nerve
kita! Iaitu, ketika anda menggerakkan kaki ke arah dewan dan melihat periuk2
belanga dipenuhi dengan rendang ayam ada, rendang daging ada, rendang kacang
ada.. maka anda lebih yakin lagi dengan saya.
Peringkat yang paling tinggi adalah apabila anda sendiri
mengambil rendang tersebut dan
memakannya dengan ketupat. Hah! Dan kemudian anda terangsang dengan
keenakannya..dan ghairah untuk memberitahu yang lain, supaya turut merasainya.
Hakkul yakin.
Begitulah dakwah dan tarbiyah dik. Akak
cerita..cerita..cerita.. tetapi kalau bukan awak sendiri merasainya, selamanya
kita tidak akan merasa izzah dengan dakwah&tarbiyah islamiyyah ini. Ia
memerlukan keterlibatan individu, yang merasai..seterusnya mengambil pengajaran
daripadanya. Apabila individu ini merasa
manisnya berada di dalamnya, jatuh cinta dengan kesyumulan tarbiyah ini.. dia
terangsang untuk mengajak orang lain merasainya bersama.
Adik,
Kakak bukan sedih kerana adik tidak bersedia untuk dakwah.
Tiada paksaan. Ibadah itu ada segala macam dan kita dikurniakan kebebasan untuk
melakukan yang terbaik.
Tetapi,kerana adik adalah teman setia akak dalam jihad
menuju ke syurga Allah.. tidak akan sanggup tangan awak dilepaskan. Sememangnya
kita memerlukan jiwa seorang rijal yang sarat dengan optimis dan tawakkal pada
Allah. Ya, jiwa yang cintakan pengorbanan. Di dunia ini hanya terdapat 20%
orang yang luar biasa. Tidak mahu jadi orang yang luar biasa? Kejayaan itu
pasti. Mulanya dengan pembentukan individu muslim..
Jom! Katakan tidak pada
kisah silam.
Nota 1: kenapa rendang ye? Oh, esok raya rupanya ^_^ Di
kesempatan ini, tuan rumah dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut
aidilfitri kepada pembaca yang sentiasa setia mengunjungi teratak daif ini.. 10
jari disusun, maaf zahir batin. Diri ini banyak menzalimi diri ini, malah orang
disekelilingnya. Banyak tanggungjawab dan amanah tidak ditunaikan, banyak hak2
kalian diabaikan. Astaghfirullah.. moga kita terus gigih dalam usaha
memperbaiki diri, terus..menjadi agen perubahan pada masyarakat jahiliyyah ini.
Nota 2: Allahumma balighna ramadhan~ terasa tidak puas
berduaan dengannya. Tidak puas untuk hanyut dalam cinta di malam2 akhir
ramadhan. Semoga segala solat kita, tangis kita..adalah untuk Allah semata..dan
menjadi munthalaq untuk istiqamah dalam ibadah2 kita seterusnya. iAllah..
Nota 3: hrm, kalau dulu ikhwanul muslimin berehat dari
usrah,daurah ketika ramadhan. Sekarang.. bersiap siagalah kamu!! =)Infiru
khifafan wa tsiqalan. Jihadu fi sabilillahi bi amwalikum wa anfusikum!
supir September 19, 2009 11:08 AM PDT salam ukhti ^_^
taqabbal allah minni wa minkum T_T
terima kasih ya allah untuk nikmat yang terindah ini... alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
ada ukhti pernah mengatakan ramai antara kita yang 'terperangkap di jalan ini'.
terperangkap? yes!
terperangkap di jalan ini adalah perangkap yang paling indah tetapi paling menyentap rasa hati... paling manis tetapi paling menyakitkan jiwa... paling seronok tapi paling sukar...
dan di atas semua itu, kita ada Allah yang sentiasa bersama kita... dalam setiap sel eritrosit yang mengangkut Oksigen tu, ada allah... dalam segala2nya, ada allah dengan kita...
setiap kepayahan yang kita lalui, kita pasti diganjari untuk segala usaha kita, asal sahaja semua itu untuk allah...
owh... nikmat apa lagi yang kita mahukan?
jazakillahhu khairan katheera utk segala2nya... yup, segala2nya ^_^
maaf zahir batin juga untuk segala salah silap saya...
~sedih melepaskan ramadan pergi... moga kita diizinkan ketemu lagi~
p/s: sampaikan salam pada ahli qalam... dpt bygkan camana antunna beraya ^_^
akak September 20, 2009 02:24 AM PDT salam
nice entry... banyak awak dapat dari program2 di malaysia dan sana juga.... alhamdulillah...
salam eidul fitri diha...
ramadhan tahun nilah paling kurang best tuk saya,, sebab cepat sangat berlalu. tak puas!
salam rindu.
saya balik malaysia hari ni/// insyaallah kita borak lagi :)
aizadiha September 21, 2009 12:41 AM PDT terperangkap di jalan ini..
huhu..inilah perangkap yang plg best sy rasa ain! =)
dapat bayangkan raya kami? alhamdulillah..sempat 'duduk2' juga!! maha suci Allah...
akk,
salam aidilfitri sis. rindu sgt neyh~ huhu.. mcm mana malaysia kak? nnt kita calling2 ok.
doakan saya sokmo! ^_^
"Tatkala kehidupan dibebani kesibukan,
Kadangkala terpinggir jiwa yang kekosongan
Segarkan ia dengan nasihat keislaman
Ceriakan ia dengan kelapangan wasiat iman
Moga jiwa kita tak pernah lagi mencari kerendahan
Kerna syurga hanya memandang ketinggian"
"Mother" is such a simple word,
But to me therefs meaning seldom heard...
For everything I'm today,
My motherfs love showed me the way...>
the baby's first cling to the mother..
VOLGOGRAD
BANGI VALLEY
as the clock ticks...
To realize the value of One Year
Ask a student who missed 1 course of medicine
To realize the value of One Month
Ask a mother who gave birth to a premature baby
To realize the value of One Week
Ask an editor of a weekly "bidayatul hidayah"
To realize the value of One Day
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed
To realize the value of One Hour
Ask the lovers who are waiting to meet
To realize the value of One Minute
Ask a person who missed their train
To realize the value of One Second
Ask the person who survived an accident
The realize the value of One Millisecond
Ask the person who won a silver medal in the Olympics
"Dan jika mahu mengetahui nilai sebuah kehidupan
Tanyalah mayat yang sudah putus peluang untuk beramal"
the beauty of a women isn't in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair.. the beauty of a woman must be seen from in her eyes, bcoz that is the doorway to her heart, the place where love resides. the beauty of a woman is reflected in her soul. it is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows, and the beauty of a woman with passing years-only grows! u dont stop laughing bcoz u grow ol', u grow ol' bcoz u stop laughing..