Bahtera ini.. layarnya Rabbani, kelasinya para daei, jalanya dakwah islami, ditebar ke lautan duniawi. Moga sentiasa kasih ilahi, dalam pelayaran ke daratan ukhrawi..
Monday, December 21, 2009
azab sejuk vs azab panas
Sekarang,sisters tanah air menggelarkan kami sisters-bumi-peti-sejuk. Ya,malah lebih sejuk dari peti sejuk sendiri! Alhamdulillah,subhanallah.. 4hari lepas, suhu -20 ditambah dengan snow storm, esoknya pula salji turun sepanjang hari, yang nampak hanyalah putihnya bumi Allah,serba indah nan menenangkan.
Apabila diri lemah, penat melawan kesejukan dan ribut, kesabaran teruji kerana pengangkutan yang terbatas,terkadang emosi menguasai akal..
Malah perjumpaan dengan mad'u sendiri terbatal kerana iman yang sedang goyah akibat lemahnya hubungan dengan Pencipta salji..
Maka duduk-duduklah beberapa insan yang cuba beriman sejenak,muhasabah di sebalik setiap kejadian yang disusun olehNya
"Tak tahanlah sejuk.." kata ukhti A
"Hish,kalau para sahabat dulu..panas2 gurun sahara.. sanggup berhijrah lagi berbulan-bulan lamanya. Debu pasir yang masuk ke mata, kulit yang terbakar dan mengelupas,bekalan makanan yang cukup-cukup…"
"those were the winning generation. Generasi yang, kalau bukan kerana mereka sanggup berkorban.. islam tidak mungkin sampai pada seluruh dunia hari ini. Generasi yang sentiasa berhati-hati mengikhlaskan niat..hanya kerana Allah"
"Tapi, antara sejuk dan panas..mana lebih bahaya?" ukhti A masih menegakkan hujahnya..
Hrm,lets talk medicine
Betul,sejuk memang lebih bahaya. Kematian malah lebih cepat dalam keadaan yang bersuhu rendah.. kerana ketika mana suhu teras (core temperature) kita sudah terlalu rendah, beberapa perubahan akan berlaku dalam fisiologi badan kita- contohnya kecelaruan peredaran darah (decrease cardiac output, arrythmias) , kekurangan oksigen, cold stress dan sebagainya. Sudah pastinya keperluan air dalam badan juga meningkat dengan mendadak!
Manusia selalunya akan mati ketika dia mencapai tahap 'dehydration'. Dari segi keperluan terhadap bekalan air, percaya atau tidak.. keadaan yang sejuk boleh menjadi sekering tanah gurun yang paling kering. Kerana apa? Kerana udara yang sejuk tidak boleh menyimpan kelembapan.Maka dalam setiap desah nafas… udara sejuk yang kering tadi malah membuatkan kita lebih dehidrat, menyerap kelembapan dari kulit yang terdedah dan sebagainya. Betul kan, bernafas dalam snow storm rasanya seperti bernafas dalam air,bibir akan merekah dengan lebih teruk ketika winter berbanding summer yang boleh tahan panas tu!
Sebab itulah sahabat, dalam cuaca yang sejuk, walaupun kita tidak berpeluh sebanyak dalam cuaca panas, kita masih boleh ter-dehidrat dengan lebih teruk tanpa sedar.
Ironinya, kita sekurang-kurangnya masih boleh bertahan selama 3-4 hari dalam cuaca panas tanpa air! Badan terbakar..pandangan pun dah kabur tetapi masih hidup.
"Chup chup..apa ni..nak kata kita lebih susah dari sahabat ke? Helooo, suhu -20, bukan -50 lah. Kesejukan ni ditambah dengan kemudahan hidup kita tak terbanding dengan kepanasan gurun, ditambah dengan kekurangan keperluan mereka yang serba serbi tau"
"ya betul,,tapi nak katanya…
….Sebab tu Allah jadikan neraka tu api paling panas,kan? Mari bayangkan jika balasan terhadap mereka2 yang ingkar adalah ribut salji…. tergelincir dari titian sirat terus dikambus timbunan salji paling sejuk-tak sempat sakit dah mati kan?"
Subhanallah…
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini -SAHIH, Muttafaqun Alaih
Benarlah janji Allah, mereka yang ingkar itu..azabnya tersangatlah berat..
"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah, bagi mereka azab yang berat" QS 3;4
Begitulah,sahabat-sahabat.. sejak kebelakangan ini, banyak sungguh diri ini diingatkan tentang mati. Terasa takut yang amat sangat..terasa belum buat apa-apa pun…andaikata nyawa ini akhirnya dipisahkan dari badan, jasad kembali ke tanah dan ruh ini kembali pada pemiliknya.
Adik-adikku, yang banyak dizalimi..
Mad'u yang tak ditunaikan haknya..
Sahabat-sahabat, yang banyak disakiti..
Ibu bapa yang belum dibalasi jasanya..
Juga ramai lagi manusia lain yang pernah hadir dan hilang dari kamus hidup saya. Mungkin, saya juga perlu berhijrah menjadi individu baru. Sepertimana saya tanyakan mutarabbi semalam, apa rasanya hendak diubah sejak tahun baru?
Seharusnya soalan itu dijawab oleh diri sendiri.
Dalam dua minggu ini sahaja, 3berita kematian datang mengingatkan diri..kematian mereka yang masih muda2..malah begitu muda..
Pertamanya, sahabat kecil-kecilan ketika masih dibangku sekolah rendah.. Nur Hazirah Abdul Rahman..dengan cepat diserang T-cell lymphoma, meninggalnya selepas lebih kurang sebulan dimasukkan ke hospital akibat koma.
Kedua, seorang akh Mohd Ariff Abdul Kadir, kemalangan kereta yang terus meragut nyawanya..meninggalkan seorang zaujah yang baru dinikahinya 3jam sebelum itu.
Ketiga, paling baru, kematian si kecil Ukasyah yang berumur 3bulan yang hanya dikenali melalui penulisan blog ummu ukasyah..akibat tersedak susu.
Cepat sungguh, ketika mana Allah mahu menunaikan janjinya kan?Tak terkurang atau lebih sesaat. T___T.. Adik-adik,jom jom, taknak tangguh lagi jom. Jom sama-sama ke jannah.. tak cukup masa nanti nak buat kebaikan..
Nauzubillah, janganlah kita dimatikan dalam keadaan kufur, kerana azab neraka tu tak tergambarkan!
Ya Allah! Kami adalah golongan yang lemah,kuatkan kami dalam keadaan Kamu meredhai kami, bawalah kami kepada kebaikan dan jadikanlah islam agama yang paling kami redhai..Amin.. ya rabbal alamin..
Ketika awal permulaan islam dahulu, Abu Thalib melihat puteranya Ali bersolat dengan sembunyi2 di belakang Rasulullah saw. Ini adalah untuk pertama kalinya ia mengetahui bahawa puteranya yang masih muda usia telah mengikut dakwah Muhammad. Maha suci Allah, anak muda itu sedikit pun tidak bergoncang imannya tatkala mengetahui ayahnya sedang memerhatikannya.
Usai solat, pergilah dia menjumpai ayahnya dan berterus terang,
"Wahai ayahku..Aku telah beriman kepada Allah dan Rasulnya serta mempercayai ajaran yang dibawanya.."
Maka Abu Thalib pun menjawab.."Sungguh ia hanya mengajakmu kepada kebaikan, maka ikutilah dia"
Anak kecil ini menerima seruan islam ketika umurnya, kalau bagi kita masih sibuk dengan mainan galah panjang, baling selipar, lompat getah… mercun, kereta tamiya,kad pokemon.. atau zaman sekarang ini lebih pada artis,hiburan dan pendedahan kepada budaya jahiliyah dari blok barat.
Walhal, ketika Ali bin Abi Thalib menerima islam sewaktu umurnya 10tahun (sesetengah pendapat 6 atau 8 tahun)..hidupnya ketika itu sentiasa berlegar di Darul Arqam dan tidak ketinggalan menyaksikan apa jua yang berlaku di situ…
Ya! Hidupnya berlegar di madrasah tarbiyah!
Ada seorang adik, umurnya kini masih 16..mutarabbi saya yang paling muda selain dari adik kandung sendiri yang kini baru 13tahun. Setulusnya saya katakan, pemikirannya mungkin lebih matang dari kawan sendiri yang mungkin sebaya dengan diri ini. Walaupun pada pandangan mata kasar, personalitinya nampak kebudakan,manja,kelakar,ganas,suka mengusik.. namun bagi yang mengenali corak pemikirannya dan kematangan soalan2 yang diajukan kepada saya, anda akan merasa malu dengan diri sendiri kerana merasakan anda lebih matang hanya kerana usia yang lebih dan angka yang lebih besar dalam ruang umur.
Malah,dia sendiri menyifatkan 'adulthood' hanyalah sebagai metodologi ciptaan manusia berdasarkan umur sedangkan kematangan seseorang lebih tepat digambarkan berdasarkan kefahaman!
Anda bukan matang kerana anda sudah 18tahun dan boleh bertindak sewenangnya..
Anda masih belum matang hanya kerana ketika berumur 21tahun anda berhak menjadi pengundi
Anda sangat tidak matang walaupun anda berada di luar negara ketika berumur 24tahun, tetapi masih tidak dapat membezakan clubbing dengan 'bergaul', merokok dengan 'relaxation effects' , berseronok dengan pergaulan silang jantina dengan keseriusan ikhtilath dan sebagainya.
"Barangsiapa yangAllahakanberikan kebaikankepada seseorang, makaAllah memberi kefahamandalam ilmuagama."(HR. Bukhari Muslim)
Inilah konsep faham,malah al-fahmu sendiri adalah rukun pertama dalam 'Arkanul Baiah'. Ketika mana Allah ingin memilih kita supaya menjadi orang-orang yang sanggup bergerak untuk agamanya selepas MEMAHAMI konsep deen itu sendiri… maka itulah kebaikan dan nikmat yang sangat patut kita syukuri.
Kefahaman itu diperoleh dengan tarbiyah..
Tarbiyah islamiyyah yang mengisi kita dalam program-program usrah dan lainnya
Tarbiyah yang menjadikan kita lebih matang..
Teringat, ketika suatu sesi jaulah semenanjung.. kami bertandang ke sebuah baitul dakwah di Kuantan. Kepetahan dan kebijaksanaan kata-kata putera mereka yang kecil,Hasan Al-Bana.. (ye,sempena nama Pakcik Hasan)..sangat2 membuatkan rahang bawah kami tergantung sebentar dan mengunci mulut kakak2 akhowat.
"Mesir tu, sistem dia tak bagus.Pensyarah tak mengajar. Kalau kita nak belajar, kita sendiri kena cari syuyukh tu.." kata adik Hasan yang berumur 9tahun.
"Hasan juga nak syaheed macam Imam Hasan Al Banna…" gilelah.
Kakak sulungnya berumur 13tahun pula sedang bersekolah di Mesir dan mengikuti sistem tarbiyah bersama akhowat di sana..
Subhanalllah,maha suci Allah… sangat indah apabila buluh itu dilentur sedari rebungnya dan masih tidak jemu dilentur walaupun selepas bertahun-tahun…
Kalau tidak takkanlah Aisyah mampu dididik suaminya Rasulullah sedari umur setahun jagung..
..dan takkanlah Si kecil Ali menjadi yang pertama sekali mengangkat tangan ketika seruan jihad dilaungkan?
..juga Muhammad AlFateh, mutarabbi Syeikh Shamsuddin Al Wali sejak umur 5tahun, menaiki takhta ketika baginda berumur 19tahun dan menakluk Constantinople ketika umurnya 21tahun..?
gambar hiasan
Allah telah mencipta manusia-manusia hebat ini sebagai pemangkin hamasah kita. Sangat sedih bila memikirkan saki baki umur yang tinggal, dan bertambah haru memikirkan umur hampir 20tahun yang dibazirkan begitu sahaja…
Tapi disitulah tarbiyah Allah untuk kita. hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mampu menggali hikmah disebalik tiap sesuatu.
Untuk adik,
Teruskan mencari 'hidden meaning' dalam mencari makna keberadaan awak di sini pada awal usia remaja. Teruskan mencari makna 'adult' ,dan bandingkan ia antara kamus kehidupan manusia biasa dengan kamus 'kefahaman' yang bakal diperolehi dengan izin Allah..
Teruskan memilih jalan dengan bijak bersama kompas dan peta yang tepat, so that maturity reaches you along the way..
Dalam hati tiada tafsiran gembira,sedih jauh sekali
Mungkin ada sayu yang tak terluahkan..
Setiap langkah yang aku lalui
Dihayati sepenuhnya..
Oh,,saya tak ingin pun berpuisi. Jangan tertipu dengan lenggokan bahasa itu.
Alhamdulillah,alhamdulillah,,
Seperti yang digambarkan dalam rangkap.. harini ini hampir berakhir. Saya masih tidak rasa ada apa2 yang begitu penting, melainkan pada hari ini (semalam actually) saya membeli laptop baru sebagai hadiah pada diri sendiri. Juga, pencarian rumah sewa kami selama beberapa minggu telah berakhir, saya anggap ini juga hadiah yang istimewa, kerana.. akhirnya dapat juga RI yang diidamkan. Lapang, strategic, dengan nafas baru sebuah rumah program bi iznillah. Nombor rumah juga 68, maka alhamdulillah akan terus dengan panggilan Qalam ar-rusiy..
Moga roh-roh di dalamnya terus lagi dihidupkan untuk sebutir dakwah jua, tanpa ada sedikit pun rasa keduniaan yang ingin dikutip. Moga tetamu-tetamu, mutarabbi yang bakal hadir tanpa mengira waktu, bakal melimpahkan rahmat ke dalam rumah tersebut, membawa keluar dosa-dosa kami bersama. Moga, ia sentiasa menjadi tempat hati-hati yang kering dan futur, mencari kembali ketenangan serta mencuri nafas ketika lelah dalam perjalanan.
Bermulalah kamus kehidupan saya yang baru..
Part twenty three
.....
Ini adalah tahun terakhir Qaedah Sulbah bersama-sama di bawah satu bumbung, mengutip butiran mutiara di pesisir sungai Volga.(sejak bilalah sungai ada mutiara).
6tahun bersama. Waktu ini,tarikh ini, 6 tahun yang lepas.. kami sekelas makan bersama di Nasha Pizza, ada kek surprise, ruang makan yang romantic dengan cahaya samar2.. kemudian ketika pulang kami meredah salji setebal paras lutut, sambil membaling snow ball sesama sendiri dan bergelak tawa ketika ada yang terbenam kakinya ditelan timbunan salji…
…adus, zaman hingusan. Yang sentiasa diambil ibrahnya.
Zaman itu jauh meninggalkan kita, walaupun rasanya seperti baru semalam..
Kini…sahabatku…akhawati…
Yang telah terlalu banyak membimbing saya dalam setiap liku kehidupan..
Sepi hari ini, kerana memikirkan inilah kali terakhir kita ber'ulang tahun' bersama..
Teringat.. Birthday hikari 22hb nov yang lepas pun kita sambut dengan hambar sahaja…
Doesn't really matter
Sebab setiap hari pun sangat bermakna bagi saya..
Kita memang selalu menyambut 'hari lahir' mutarabbi dengan semangat. Kek, hadiah..
Tetapi sesame kita.. macam faham-faham je kan…
Seolah-olah hati ini memang sudah terikat walaupun tanpa ada pemberian berbentuk harta benda, kerana Allah sentiasa menyatukan kita dalam rabithah kita,iAllah…. Hadiah paling berharga antunna kepada saya, adalah doa sehari-hari… juga butiran nasihat yang sentiasa mengenai jiwa ini ketika sedang futur.
Do you know how much you mean to me? As you grow into what you will be. You came from within, from just beneath my heart it's there you'll always be though your own life will now start. You're growing so fast it sends me awhirl, With misty eyes I ask, Where's my little girl? I know sometimes to you I seem harsh and so unfair, But one day you will see, I taught you well because I care. The next few years will so quickly fly, With laughter and joy, mixed with a few tears to cry. As you begin your growth to womanhood, this fact you must know, You'll always be my source of pride, no matter where you go. You must stand up tall and proud, within you feel no fear, For all you dreams and goals, sit before you very near. With god's love in your heart and the world by its tail, You'll always be my winner, and victory will prevail. For you this poem was written, with help from above, To tell you in a rhythm of your Mother's heartfelt Love!
Huhu…inilah hadiah paling berharga hari ini.. ^_^
(oh ya,juga kek,kad & hadiah dari mutarabbi terchinta,teman paling setia dalam perjalanan ini.. awak tau awak siapa.hehe)
My beloved mummy…
I am your little girl still
When you let me walk by myself
I was filled with goals and dreams
Bringing along the things you taught
And you said
Choosing the path of which,
I can always take your words as wisdom
I am your little girl still
The little girl you taught
To have faith in herself
To always hold your hands
Like you hold mine when I was small
And petit..
And clueless
I am your little girl still
Don't dismay at my womanhood
Because inside it's still the same
Filled with mother's love
Bringing along her mother's heart
..
Through the path you let me to choose
I am your little girl still!
=)
Semoga bahagian ke dua-puluh-tiga ini dilimpahkan seribu rahmat lagi dari Allah, segala cerita yang telah disusun indah olehNya, akan dilalui dengan syukur dan sabar dalam setiap hembusan nafas cinta pada Kekasih hati ini…insyaAllah
"Subhanallah..berarti kakak kamu ikhwan dong!" seru Tika setengah histeris mendengar ceritaku. Teman akrabku ini memang sudah sebulan ini berjilbab rapi. Memusiumkan semua jeans dan baju-baju you can see-nya.
"ikhwan?" ulangku. "Makanan apaan tuh? Saudaranya bakwan atau tekwan?"suaraku yang keras membuat beberapa makhluk di kantin sekolah melirik kami.
"Huss! Untuk laki2 ikhwan, untuk perempuan akhwat. Artinya saudara. Biasa dipakai untuk menyapa saudara seiman kita," ujar Tika sambil menghirup es kelapa mudanya. "Kamu tahu Hendra atau Isa,kan? Aktivis Rohis kita itu contoh ikhwan paling nyata di sekolah ini."
Aku manggut-manggut. Lagak Isa dan Hendra memang mirip Mas Gagah.
"Udah,deh,Git. Nggak usah bingung. Banyak baca buku Islam. Ngaji! InsyaAllah kamu akan tahu menyeluruh tentang deen kita. Orang-orang seperti Hendra, Isa atau Mas Gagah bukanlah orang-orang yang eror. Mereka hanya berusaha mengamalkan islam dengan baik dan benar. Kitanya saja yang mungkin belum mengerti dan sering salah paham..:"
Kita saja yang belum mengerti
Salam semua.. petikan dialog diatas, saya petik dari cerpen "Ketika Mas Gagah pergi".. sebuah fiksyen lama, zaman 1990-an.. kisahnya seorang anak lelaki sebuah keluarga yang dulunya rock,berubah menjadi seorang aktivis..seorang daei,seorang ikhwah senang kata. Perasaan yang dimainkan dalam cerita tersebut mungkin banyak yang terkena pada jiwa-jiwa kita..jiwa-jiwa ghuraba'..yang asing…yang aktif.
Yang tahan segala fitnah disekelilingnya..
Ikhwati wa akhwati fillah..
Apabila Allah mentakdirkan kita untuk terjebak dalam jalan ini.. Dia menjanjikan seribu macam ujian,halangan,duka.. Dia menuntut air mata yang tumpah keranaNya, Dia menuntut pengorbanan yang dilakukan kerana jalanNya. Dia menyedarkan kita tentang kepentingan risalah yang melebihi segala apa pun dalam dunia ini.. Dia mahu kita meletakkan Dia di tempat teratas, yang lainnya kedua,ketiga,keempat…
Masih ingat kisah Ghulam?
Tika mana rahib tersebut merasakan bahawa si Ghulam sudah bersedia untuk dihantar ke masyarakat menjadi daie, awal-awal lagi dia berpesan "Kamu akan diuji.Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku."
Kamu akan diuji…
Seolah-olah satu janji!
Seolah-olah suatu keyakinan yang berdasarkan pada realiti di alam nyata.
Allah tahu, kita tidak sempurna…
Allah tahu, kita masih mencuba..
Bukan semua ikhwah atau akhwat…
Yang lahirnya sahaja terus ditarbiyah…
Malah ada yang masa silamnya kelam
Tetapi berubah menjadi mujahid
Yang tegar melawan arus jahiliyyah
Maka segala kesusahan yang disediakan untuk kita itulah yang menguatkan langkah kita. Sepertinya Allah ingin menyediakan satu saf tentera yang betul-betul hebat untuk bekerja di jalanNya.. dan dijanjikan jannah untuk mereka..
Subhanallah…
Adikku.. yang dicintai,disayangai…kerana Allah
Bersyukurlah kerana dalam kelemahan,kekurangan kita..Allah telah memilih kita untuk menerima hidayahnya. Ketika mana dia menguji adik, menunjukkan kelemahan adik, memberikan taujih kepada adik supaya bermuhasabah…
Bersyukurlah lagi,dan lagi..
Kerana itu makna terbesar bahawa Dia sangat2 menyayangi adik,dan ingin melahirkan seorang daiyah yang super dari dalam diri adik..mungkin lebih super & afdal lagi dari mana-mana kakak yang adik kagumi sekarang…
Seseorang akan diuji berdasarkan kepada kekuatan agamanya.. dan kerana itu adik diuji.. kerana pandangan mata manusia kakak yang nampak kekuatan adik.
Tangismu dik…
Kakak ingat lagi..
Dan tangisku dik..
Kerana terharu denganmu..
Terus-terus kakak berdoa
Agar perkara ini tidak sekali melemahkan jiwamu..
Jiwa akhowat dalam dirimu..
Membuktikan bahawa kita..bukanlah orang-orang yang eror..
Teruskan dengan keyakinan yang hebat dalam dirimu..
Sabrun jameel..
"Mas, Gita akhwat bukan sih?"
"Ya,insyaAllah akhwat!"
"Yang bener?"
"Iya,dik manis!"
"Kalau gitu ikhwan harus ada jenggotnya,ya?"
"Kok nanya gitu?"
"Lha,Mas Gagah ada jenggotnya!"
"Ganteng kan?"
"Uuu..Eh,Mas,kita kudu jihad,ya? Jihad itu apa sih?"
"Hrm,,alhamdulillah..tak adalah 5 je selalu..tapi…"
"tapi?"
"Memang Allah tak pernah uji akak dengan study"
Adik itu terdiam. Macam pelik je dengan kakak ni punya bahasa.
"ooh,,haah la..Allah pun tak pernah uji saya dengan study"
"hehe..awak tahu kenapa?"
"kenapa?"
"sebab, benda tu bukan kerisauan sangat bagi kita. Tadi awak kata, awak tak adalah bertungkus lumus sangat bila study,kan?samalah. Kita tahu pace kita masing2, kita tahu kemampuan, kelebihan dan kekurangan kita..
..sebab tu kita tak diuji dengan tu"
"maksud akak?"
"maksud akak, kita takkan diuji dengan benda yang sangat mudah kita tangani. Ada orang, dapat 5 tu adalah perkara paling penting dalam hidup dia.. that's why kadang2 dia diuji dengan itu..faham ke?"
"hrm..faham.."
"Adik tahu Allah akan uji kita dengan apa?"
Memandang penuh tanda tanya
"Allah…dia akan uji…dengan perkara yang paling susah kita tangani.atau benda paling penting untuk kita.Contohnya, ada orang tak tahan dibenci,dicemuh..maka Allah persiapkan segala itu khas untuk dia..tapi tak bermakna kita tak boleh tempuhi, hanya susah sikit"
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (2;286)
"lagi,,ada orang..dia tak boleh untuk hidup sendiri, tak berteman. Sebab tu..Allah uji dia dengan bagi dia teman berlainan jenis….:"
Ehem2..sambil menyentuh bahu adik tadi…
Sambil menggigit jari, dia pun berkata.."oh,ni ujian juga rupanya.."
Adik,
Allah hanya mahu menguji,sejauh mana kita mampu bermujahadah melawan nafsu kita. Kerna, iman yang sebenar tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya dalam hati melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan kebatilan semata-mata demi iman ini.
Agama ini datangnya dari Allah, jadi..suka Dialah untuk menguji siapa-siapa yang kuat mempertahankan agamanya.
"Hrm,kenapa tidak Allah jadikan kita terus baik sahaja ye? Kan mudah, terus islam boleh menang di atas bumi. Mengapa agama ini memerlukan usaha manusia?"
"haah.boleh…kalau macam tu..baik Dia jadikan kita ni matahari..atau bintang"
Matahari dan bintang, yang fitrahnya memang bergerak di atas paksi yang ditetapkan Allah. Tidak pernah matahari itu, terlambat satu detik atau tercepat sesaat. Tetap sahaja memancarkan cahayanya waktu pagi,dan hilang sirnanya apabila langit malam menyelaputi.
Apabila langit terbelah, Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh (84;1-2)
Mereka sudah semestinya patuh!
Kerana itu fitrah mereka!
Tapi kan adik..
Fitrah manusia dijadikan berbeza. Jalan kita berbeza.
Kita juga ada paksi..kita juga ada kompas tersendiri..
Tetapi,Allah beri kita pilihan..sama ada kita mahu mengikutnya atau tidak,sama ada kita mahu menyucikan hati kita atau tidak.
Kompas kita Al-quran,peta kita as-sunnah. Kalau nak ikut,insyaAllah selamanya tidak akan sesat dik..
Tapi, kenapa tidak Allah jadikan kita seperti matahari kan?
Sememangnya Allah mampu untuk mengubah fitrah manusia sama ada dengan menggunakan agama ini atau cara lain. Namun begitu kerana sesuatu tujuan yang hanya Allah sahaja yang tahu..Allah mahu manusia memiliki fitrah ini dan Allah mahukan hidayah itu diperolehi melalui usaha dan kehendak manusia.
Nak ke taknak?
Nak..kena berusaha dik..
Taknak..tak apa, jom minum kopi dulu dengan akak..hehe
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(29;69)
Subhanallah.. Maha suci Allah.. Siapa tak faham video ni,carilah translator bergerak sebab saya tak rajin nak translatekan.. huhu...
Hebatnya kuasa Allah,bila Dia memang nak tunjuk.. Dan kini Dia datangkan bukti kebesaranNya di russia.. negara orang2 degil, negara tak bertamadaun negara kuang ajo
eh..taklah semuanya macam tu. Ramai je yang baik Mungkin tengah mode emotional sebab sahabat2 kami ramai sangat yang kena buang family, lately ni.. hanya kerana memilih islam sebagai cara hidup mereka T_T sampai hati ibu bapa mereka
Tetapi, teringat..Abu Ubaydah Al jarrah.. ketika perang Badar.. ketika dia dikejar oleh seorang musyrikin, yang tidak mahu melepaskan dirinya walaupun die mengelak berulang kali dari bertempur dengan orang yang sama namun, akhirnya...sebab tak tertahan..akhirnya dibunuh jua musyrikin itu.. yang dia sendiri tahu bahawa itu adalah bapa kandungnya... seorang musyrikin,, maka Allah memujuknya dengan ayat mujadilah;22
Teringat..Mus'ab bin Umair tulang belakang yang mengislamkan Madinah seorang yang kaya raya, namun menjadi papa kedana, setelah dibuang ibunya hanya kerana sebuah aqidah..
dan banyak lagi.. Saad bin Abi Waqas.. Salman al-Farisi..
kerana kesusahan dan perjuangan antunna, Allah menghantar buktinya melalui si kecil Ali Yakubov ini.. gembira kan,kan,kan.. ^_^
MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.
Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.
Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.
Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.
Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.
Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.
Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.
Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.
"Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami," katanya.
Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.
"Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.
"Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.
"Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu," katanya.
Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.
"Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan," katanya. – Agensi
Sebaik sahaja pulang ke rumah malam tadi, saya tidak terus masuk ke bilik.Seperti biasa, dalam keadaan jacket,tudung..masih tersarung.. saya akan duduk-duduk di bilik sisters lain, update keadaan semua, top-up cerita, menadah telinga dan berkongsi kemanisan perjalanan masing2,ketika seharian bertempiaran di bumi Allah sebagai pendokong aqidah.
Selalunya begitulah. Hari minggu, tidak melekat di rumah.
Sehingga larut malam barulah dapat mendapat tahu berita masing-masing.
Kerana masing-masing percaya, setiap dari kami ada jihadnya tersendiri.. di jalan yang sama tidak mungkin ada yang sedang berehat, kerana kehidupan ini persis berada di sekeliling api yang sedang marak menyala. Apabila kita tersedar dan perlu menjauhi api itu namun tidak mampu memadamkannya.. maka kita bersungguh-sungguh mengejutkan sesiapa yang tercapai oleh tangan kita supaya bangun, dan bergerak menjauhinya.
Seorang Rijalun aqidah
Sewaktu bercerita, tahulah saya..suatu berita yang mencengkam atma seorang wanita, yang membakar semangat seorang daei..
Ukhti A, pagi semalam meneman seorang sahabat kami berbangsa rusia, setahun umurnya sebagai muslimah .. baru setahun bergelar Hadija Sablina yang sebelumnya Nina Sablina. Perginya mereka ke masjid..pada asalnya kerana ada perbincangan 3penjuru antara mufti Volgograd-Hadija-ibu bapa Hadija yang masih kafir.
Namun..percaya atau tidak..belum sempat apa-apa perbincangan berlaku, Hadija ditarik hijabnya, rambutnya..dan seterusnya diseret beberapa ratus meter ke kereta. Ya, oleh seorang bapa sendiri. Menangislah ukhti A, melopong sahaja mufti tanpa dapat dibantu.. dan meraunglah saudara kita, namun hatinya masih tetap berdegup dengan asma’ Allah..
“Ya Allah..sedihnya.. geramnya…”
Itu sahaja yang dapat saya ucapkan. Peristiwa ini..mencengkam atma kami kerana membayangkan seorang wanita diperlakukan sebegitu, dan paling penting.. membakar hamasah para daei, kerana apabila melihat sendiri umat islam dihina,dipijak.. aqidah diperkotak-katikkan…
Kita terasa perlu bangun.
Kita terasa perlu meneruskan jihad, sementara kaunter berjual beli dengan Allah masih buka.
Kita terasa perlu melahirkan lebih ramai lagi rijalun aqidah (pendokong aqidah). Menambah bilangan pekerja islam yang benar-benar muslim.
Kita terasa makin cinta dengan perngorbanan..
Kasih sayang kami untukmu..
Apa yang dapat saya lakukan,, hanyalah melawatnya dibilik sebelah.. memandang matanya yang penuh duka tetapi masih teguh, melihat pipinya yang merah2 akibat dipukul, lehernya yang juga merah persis dicekik (kerana tudungnya ditarik).
Saya pun merebahkan badan disebelahnya, membalut tangan saya disekelilingnya.. dan membaringkan kepala dibahunya..
“sabar ya..saya tahu awak kuat..” kemudian dibacakan ayat2 Allah..
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Itu sahaja!
Huhu…nak menangis juga sudah tidak boleh. Tidak perlu lagi saya menambah sedihnya setelah seharian dia berendam air mata…
Mari mengambil ibrahnya
Ini baru cerita kecil. Ini baru di sebuah bandar kecil, diceruk Negara Soviet. Di seluruh muka bumi, masih ramai lagi saudara kita yang diperlakukan malah lebih teruk dari itu. Muslimah diperkosa, mujahid kecil dibunuh, para tentera Allah syahid..
Dan kita pula masih terus nyenyak dibuai mimpi..
Merasakan bahagianya melayan kehendak sendiri..
Lupa pada tanggungjawab jihad fisabilillah,lupa pada tujuan kita dilahirkan..
Kalau pejuang di Palestin,berjihad secara hakiki dalam perjuangan mempertahankan negaranya.. mengangkat senjata dan menumpahkan darah
Kalau para pemimpin muslim berjihad dalam memperkatakan yang haq, walaupun mungkin akan dirampas kedudukan, dipenjara atau digantung..
Kalau saudara2 baru kita dibunuh,dipukul..hanya kerana mempertahankan sebuah iman,yang sememangnya tidak boleh dibeli dengan berbillion wang ringgit..
Maka jihad kita juga adalah jihad mempertahankan aqidah. Namun bukan yang kita punya sahaja..tetapi yang orang lain juga. Ini yang dinamakan pendokong aqidah, diselitkan Iman pada orang lain.. dilimpahkan ruh rabbani pada masyarakat, dikejutkan mereka dengan hakikat dunia islam.
Kelak akan ditanya “untuk apa umur kamu dihabiskan?”
Mungkin,insyaAllah..akan kita persembahkan yang ini…
Dalam ketenangan melihat mad'u tidur bersepah-sepah diruang tamu Qalam.. Inbox email yang lama2 dibuka.. bertarikh 6/08/08.. dari seorang guru...
Pernah mendengar satu kata yang di dalamnya tersimpan cita mulia bagi orang-orang yang sentiasa ingin berada dalam relung kasih sayang Allah, iaitu syahid?
Lalu manakah yang lebih utama; Memperoleh syahid dalam peperangan, atau syahid kerana kerinduan? Apakah kedua-duanya serupa di hari kiamat nanti?
terlupa, belum pernah saya bertanya jawapannya.. apa ya?? kenapa perlu ditanya soalan begini?
"Aku tengok Danny tu makin teruk la sejak dia berpisah dengan Najwa.."
"kenapa?"
"Yelah..dulu kalau Najwa ada,,boleh tolong nasihatkan dia sikit.."
Banyak cantik.
Senang betul pemikiran lelaki zaman sekarang.
Seorang lelaki,akan jadi 'baik' kalau ada awek disampingnya
Atau, seorang perempuan, akan menjadi asbab perubahan seorang pria yang sepi.
Apa neraca perubahan kita? Rabbani?Manusiawi?
"Hrm..tapi kalau aku cakap dengan Najwa pun..tak ada gunanya kan.."
"ye aku tau.."
Tau takpe.
"Sebab bukan ada tanggungjawab apa pada dia.. kalau perempuan yang menasihat ni, lain macam jadinya.Aku rasa, lebih baik kalau kawan2 lelaki sendiri yang tegur.."
Unit kecil bernama usrah
Satu unit kecil, dibentuk oleh orang2 yang besar jiwanya.. dibina oleh individu2 yang kental cita-citanya..
Yakni, membentuk individu muslim yang beriltizam dengan islam.. membina rijal yang akan mendokong sebuah dakwah di jalan Allah, sebagai penyambung generasi ummah dalam perjalanan menuju ustaziyatul alam.
Mereka ini, adalah individu yang mujahadah nya tinggi melawan nafsu dunia. Tarikan gravity bumi tidak sekali melemahkan tenaganya untuk turbo ke kerajaan langit, lantas melihat dunia dari jendela akhirat!
Adanya murabbi..untuk sentiasa menegur.Dialah bapa untuk dicurahkan kasih sayang, dia jugalah syeikh yang menyuapkan makanan ruh, dia ustaz yang menta'lim, dia juga sebagai pemimpin yang menunjuk ajar.
Murabbi itu,berlegar di hati.. bukan di akal sahaja.
Kerana tarbiyah kita,adalah tarbiyah hati. Hati yang di dalamnya ada iman. Iman yang dapat melawan perkara yang disukai oleh nafsu.
Dan buatkanlah untuk mereka,perumpamaan kehidupan dunia ini,ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit,sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi,kemudian (tumbuhan itu) menjadi kering yang diterbangkan oleh angin.. Al-kahf; 45
Usrah…bukanlah sekadar duduk-duduk dan berbincang kesalahan orang lain, juga bukan hanya dihadiri kerana hormatkan 'senior', tidak pula membuahkan amal. Malah, setelah naqib tiada, masing2 membawa hala tuju sendiri..hanyut…sepi….gersang……
"Aku nak berhenti merokok"
"Betul,kau kena mujahadah.."
"Ha'ah..tengah cuba lah ni"
"Lelaki ni kan, kalau mujahadah pun tak lepas…tak kuatlah"
-diam-
"Ish, tajam sungguh kata-kata kau ni"
Mujahadah melahirkan seorang rijal
Apa yang menjadikan seorang lelaki itu kuat?
Dia pelari pecut 100m secepat 9.58 sec? (eh,ni macam Usain Bolt)
Dia striker team futsal? Atau defender mungkin?
Dia yang patahkan papan dalam taekwondo?
Dia hafal semua jurus silat & kombat, bertali pinggang harimau cula tiga?
Namun…
Ketika bermujahadah untuk berhenti merokok.. dialah yang pertama katakan 'susahlah…'
Janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri 2;195
Ketika diajak teman rapat untuk clubbing dan melepak di kelab snuker..
Ketika dirinya bersendirian tanpa teman perempuan, atau ketika dia putus cinta…
Dia gersang, hilang arah.. ditangisi nasib bak anak2 kecil..
Hilanglah dunianya...
Hilanglah nafasnya..
Hilanglah kekuatannya…
Ketika melintas seorang wanita dihadapannya, hampir terkeluar bola matanya mengintai!
Rasulullah yang mulia dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, di mana beliau bersabda, "Tidak pernah kutinggalkan sepeninggalku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita." (HR. Bukhari Muslim)
Apa macam? Anda rasa anda kuat?macho?
Mujahadah dah lepas?
Bapak-bapak seaqidah…
Muslimah memerlukan seorang lelaki yang soleh untuk membentuk dirinya. Lelaki yang juga seorang rijal, yang mujahadahnya mantap.. ruhbanu billayl, fursanu bin nahar..
Bukannya kami yang perlu membentuk diri kalian.
Bukannya hanya kami yang berusaha ditarbiyah, kalian hanya mencedok hasil tarbiyah kami..
Bila nakkan isteri nak yang solehah saja…
Beginilah, muhasabah diri kita..
Tarik nafas..buang ego jauh2…
Kembali pada unit kecil tadi..usrah.
Bentuk keluarga anda sendiri.. ya,keluarga yang semuanya lelaki.
Jalinkan ukhuwwah islamiyah yang mantap
Saling tegur menegur..saling bermujahadah menjadi lelaki yang BENAR-BENAR KUAT
Dan kami akan memanggil anda ikhwah..
Da'i di jalan Allah
Soleh wa mosleh
Selamat bermujahadah
wassalam,
Dari seorang muzakkirah
p/s: Saya bukan anti-lelaki ya.. hanya berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..
You came to me in that hour of need When I was so lost, so lonely You came to me, took my breath away Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love Showed me the light above Now all I want is to be with you
You are my one true love Taught me to never judge Now all I want is to be with you
CHORUS (x2): ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa 'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa (O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him)) Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)
You came to me in a time of despair I called on you, you were there Without you what would my life mean? To not know the unseen, the worlds between
For you I'd sacrifice For you I'd give my life Anything, just to be with you
I feel so lost at times By all the hurt and lies Now all I want is to be with you
CHORUS (x2)
Showed right from wrong Taught me to be strong Need you more than ever Ya Rasul ALLAH (O Messenger of God (Muhammad (peace be upon him))
You came to me In that hour of need Need you more than ever Ya Rasul ALLAH
You filled my heart with love Showed me the light above Now all I want is to be with you
You are my one true love Taught me to never judge Now all I want is to be with you
"Tatkala kehidupan dibebani kesibukan,
Kadangkala terpinggir jiwa yang kekosongan
Segarkan ia dengan nasihat keislaman
Ceriakan ia dengan kelapangan wasiat iman
Moga jiwa kita tak pernah lagi mencari kerendahan
Kerna syurga hanya memandang ketinggian"
"Mother" is such a simple word,
But to me therefs meaning seldom heard...
For everything I'm today,
My motherfs love showed me the way...>
the baby's first cling to the mother..
VOLGOGRAD
BANGI VALLEY
as the clock ticks...
To realize the value of One Year
Ask a student who missed 1 course of medicine
To realize the value of One Month
Ask a mother who gave birth to a premature baby
To realize the value of One Week
Ask an editor of a weekly "bidayatul hidayah"
To realize the value of One Day
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed
To realize the value of One Hour
Ask the lovers who are waiting to meet
To realize the value of One Minute
Ask a person who missed their train
To realize the value of One Second
Ask the person who survived an accident
The realize the value of One Millisecond
Ask the person who won a silver medal in the Olympics
"Dan jika mahu mengetahui nilai sebuah kehidupan
Tanyalah mayat yang sudah putus peluang untuk beramal"
the beauty of a women isn't in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair.. the beauty of a woman must be seen from in her eyes, bcoz that is the doorway to her heart, the place where love resides. the beauty of a woman is reflected in her soul. it is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows, and the beauty of a woman with passing years-only grows! u dont stop laughing bcoz u grow ol', u grow ol' bcoz u stop laughing..